Wanita Beri Peringatan Kepada Orang Ramai Tentang Kes Penyeluk Saku di Sunway Pyramid

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Wanita Beri Peringatan Kepada Orang Ramai Tentang Kes Penyeluk Saku di Sunway Pyramid

 
 
00:00 /
 
1X

Makin hari makin banyak pula kes penyeluk saku di pusat beli belah Malaysia ni. Hati-hati okay!

Kes terbaru dilaporkan berlaku semalam di Sunway Pyramid. Seorang wanita bernama Elaine berkongsi kisah telefon bimbitnya dicuri ketika sedang membeli belah di Asian Avenue, Sunway Pyramid.

Sumber: Elaine Lai

Menurut Elaine, pada jam 5.55 petang, dia berseorangan ketika sedang mencuba pakaian di kedai itu sementara dua lagi rakannya menunggu di luar.

Memandangkan beg sandang yang dipakainya bersaiz kecil, Elaine meletakkan telefonnya di poket kecil beg tersebut.

Elaine tidak menyedari akan hal itu sehinggalah ketika mahu mengambil telefonnya lima minit kemudian dan menyedari ianya sudah pun hilang.

Selepas menyedari telefonnya tiada, Elaine meminta untuk melihat rakaman CCTV kedai itu dan mendapat tahu seorang wanita mencuri telefonnya ketika berada di kaunter juruwang.

Sumber: Elaine Lai

Wanita itu dilihat mengambil telefon itu keluar dari beg sandangnya dengan tenang sekali dan seorang lagi wanita berbaju belang berdiri di sebelahnya. Wanita itu juga menggunakan sehelai baju untuk menutup tangannya yang sedang mengambil telefon di dalam beg tersebut.

Menurut Elaine, dia percaya bahawa wanita berbaju belang yang berdiri sebelahnya itu bersekongkol dengan si penyeluk saku. Berdasarkan rakaman CCTV, wanita itu dilihat mengganggu perhatian juruwang sambil penyeluk saku tersebut mengambil telefonnya.

Sumber: Elaine Lai

Lebih teruk lagi, seorang lagi pelanggan kehilangan telefon bimbit di dalam kedai yang sama!

Di dalam post Facebook, Elaine turut memuat naik satu lagi rakaman CCTV yang menunjukkan bagaimana wanita itu mencuri telefon pelanggan tersebut.

Kepada anda semua yang sering meluangkan masa bersama orang tersayang di pusat membeli belah pada hujung minggu, silalah berwaspada. Sentiasa awasi barangan berharga apatah lagi kes sebegini semakin kerap berlaku di pusat membeli belah.

Tonton rakaman CCTV itu di bawah ini:

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!