in

Wanita Bengang Dihidangkan Telur Dadar Lipas! Bila Tanya, Waiter Hanya GELAK

Feat 10

Siapa sahaja tak bengang bila tengah berselera nak makan, ditambah pula perut tengah lapar, makanan yang ada depan mata ‘dihuni’ oleh bendasing.

Lipas!

Ini yang dihadapi seorang wanita berusia 29 tahun ketika dia bersama keluarganya ingin menikmati makan malam di sebuah restoran di Kuantan, Pahang.

Seekor lipas dijumpai dalam salah satu hidangan yang dipesannya.

Ini kisah wanita tersebut yang dikongsikan di twitter:

 

Saya dari Kuala Lumpur, kebanyakan kedai makan penuh dan kedai ini saja yang tak ramai pelanggan. Ketika itu pukul 10 malam. Jadi saya singgah sebelum sampai rumah.

Saya pesan nasi bersama telur dadar, sup daging, ayam paprik dan minuman. Lebih kurang sejam kemudian, baru pesanan makanan sampai.

Mula-mula saya memang tak perasan langsung, makanan sampai terus kami makan. Saya nampak macam hitam tapi fikir itu bahagian garing, tapi rupa-rupanya bukan. Itu lipas! Terus panggil waiter.

1 13 1

Saya buat aduan kepada waiter, tapi budak waiter itu hanya gelakkan saya dan gantikan dengan telur, sudu dan garfu baharu. Bila ditanya macam mana boleh ada boleh ada lipas, dia cakap tak tahu.

Saya nak minta jumpa owner tapi katanya hanya anak owner sahaja yang ada. Saya tanya sekali lagi, nak kena bayar ke? Anak owner masuk ke dalam dan keluar semula, kemudian beritahun jumlah perlu dibayar RM20.

Bila persoalkan semula, anak owner tu kata dan diskaun RM10 daripada jumlah asal RM30. Atas dasar kemanusiaan saya bayar atas apa yang saya usik (makan). Sebab makanan lain okeym cuma telur tu ada lipas.

 

Tolong jaga adab dan kebersihan!

Dia yang ingin dikenali sebagai Bunga berkata, dia bukan berniat untuk membuka aib atau tutup periuk nasi sesiapa cuma dia berharap agar pengendali makanan dapat menitik beratkan soal kebersihan dan adab dengan pelanggan, lapor mStar.

Tolong jaga kebersihan dan adab dengan pelanggan. Langsung tak ada rasa bersalah dan buat macam tak ada apa-apa lepas beritahu bil tu.”

Malah dia turut meminta maaf jika postingnya ini ada menggugat bisnes kedai tersebut namun sekali lagi katanya berharap agar kebersihan kedai dan makanan dapat dipertingkatkan.

 

Baca : Delete atau saya ambil tindakan; Lelaki Diugut DS Aliff Syukri Sebab Share Pengalaman Buruk Dekat Resort?

Baca 24

Sumber: mStar