in

[VIDEO] Tular Bergaduh Dengan Kekasih Depan Kedai Sampai Sepak Tangki Penapis Air, Lelaki Mohon Maaf

Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesetengah orang, bila bergaduh dengan pasangan akan ada masanya memang susah betul nak tahan perasaan sehinggakan benda lain yang jadi mangsa.


Ini apa yang berlaku kepada pasangan ini apabila video rakaman CCTV menunjukkan mereka bergaduh telah tular di Facebook.

Dalam rakaman video yang tular itu, dapat dilihat seorang wanita yang sedang marah telah berhenti di hadapan sebuah kedai sebelum seorang lelaki dilihat berlari cuba memujuk kekasihnya itu.

为了买 麦当劳 把人家的 净水器 砸坏了 (KNN)

为了买 麦当劳 把人家的 净水器 砸坏了 (KNN)✅夜视监视器 : bit.ly/3Ap3Yco✅行车记录 :https://bit.ly/3NhvYEu?‍?找工作 : https://www.jobett.com/job-seekers?找员工: https://www.jobett.com/employers#JB吹水站 #宣传 #推广

Posted by JB 吹水站 on Thursday, August 4, 2022

Kejadian yang dipercayai berlaku di Johor ini menunjukkan lelaki tersebut cuba untuk meminta kekasihnya berhenti dari terus memarahinya dan mengatakan yang dia hanya mahukan teman wanitanya itu gembira.

Saya cuma nak belikan Mcdonald’s untuk awak. Saya cuma nak awak gembira.”

Lelaki ini juga kemudiannya dilihat telah mendapat serangan panik dan mula tercungap-cungap sebelum teman wanitanya meminta agar lelaki ini menjelaskan situasinya dengan lebih baik.

Mungkin kecewa kerana gagal menahan emosi ketika memujuk teman wanitanya, lelaki ini kemudiannya telah menyepak dan menjatuhkan tangki penapis air dihadapannya sebelum menarik tangan kekasihnya dan meminta agar mereka selesaikan pergaduhan ini di rumah.

Teman wanita dah tunggu dari tengah hari

Ekoran video pergaduhannya ini telah tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai orang. Lelaki di dalam video tersebut kemudiannya telah memuat naik video berdurasi empat minit untuk menjelaskan apa yang berlaku serta memohon maaf.

????????????????《不小心弄到那个水机,不是我踢到的》

Posted by Chris Ding on Saturday, August 6, 2022

Membuat penjelasan dalam bahasa Cina, lelaki ini mengatakan yang kejadian itu berlaku ketika sambutan Hari Kekasih mengikut kalendar Cina dan teman wanitanya itu telah menunggunya dari tengah hari dan tak makan apa-apa.

Ekoran dia telah lambat untuk bertemu dengan kekasihnya itu, lelaki ini mahu membelikan wanita tersebut Mcdonald’s kerana kedai makan yang lain telah pun tutup pada waktu itu.

Dia tak nak makan Mcdonald’s dan tak ada selera nak makan. Tapi saya beritahu dia macam mana pun tak elok kalau tak makan.

“Saya sayangkan teman wanita saya dan saya nak jaga dia. Tapi malangnya ketika itu hanya Mcdonald’s yang masih lagi buka.”

Selain itu, lelaki ini turut mengakui yang dia bersalah kerana telah menyepak tangki penapis air tersebut dan menjelaskan yang dia bukanlah seseorang yang ganas. Cuma ketika itu dia tidak dapat mengawal emosi dan secara tak sengaja telah menyepak tangki tersebut.

Saya telah pun menghubungi pemilik kedai tersebut dan kami telah selesaikan perkara tersebut secara peribadi.”

Lelaki ini kemudiannya meminta agar orang ramai berhenti membuat spekulasi berdasarkan video yang tular kerana ia memberi kesan terhadap kehidupan dia dan teman wanitanya.

Sumber: WORLD OF BUZZ

 

Baca: “Mia dengan Khuzairi ke ni” – [VIDEO] Pasangan Bergaduh Tengah Highway Dalam Hujan Macam Drama TV

Screenshot 2022 08 08 At 1.27.40 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.