“Saya yakin roh Papa masih ada” – [VIDEO] Anak Wakil Rakyat Indonesia Nikah Depan Jenazah Bapa Sebelum Dikebumi

Jadikan sumber pilihan di Google
“Saya yakin roh Papa masih ada” – [VIDEO] Anak Wakil Rakyat Indonesia Nikah Depan Jenazah Bapa Sebelum Dikebumi

Tetap mahu bapa ada ketika melangsungkan akad nikah walaupun hanya sekujur tubuh tidak bernyawa. Itulah yang berlaku di Kota Samarinda, Indonesia baru-baru ini di mana satu majlis pernikahan dilangsungkan di hadapan jenazah ahli keluarga sendiri.

Menurut Tribun, Romadhony Putra Pratama mahu pernikahannya disaksikan oleh bapa yang juga merupakan seorang wakil rakyat di bandar tersebut. Bapanya, Siswadi disahkan meninggal dunia pada 10 Julai baru-baru ini selepas rebah ketika sedang bersukan akibat serangan jantung.

Nikah2Sumber: Kompas

Nikah3Sumber: AntaraKL

Nikah5Sumber: Detik

Lima jam selepas bapanya meninggal dunia, Romadhony dan isterinya membuat keputusan mengejutkan untuk terus melangsungkan pernikahan di hadapan jenazah arwah sebelum dikebumikan. Katanya ia sebagai penghormatan kerana dia tahu bapanya sudah tentu mahu menyaksikan detik indah tersebut.

Saya diberitahu bapa sudah meninggal dunia ketika di hospital dan memutuskan supaya akad nikah kami dilangsungkan di depan jenazah papa.”

Walaupun hanya jasad. Tapi saya yakin roh Papa masih ada di sekitar saya dan menyaksikan saya meminang isteri sekarang ini.”

Nikah1Sumber: Detik

Jenazah arwah Siswadi dikebumikan sejurus selepas majlis pernikahan Romadhony dan isterinya selesai. Menurut Ketua Pejabat Agama Samarinda, Muhammad Arga Raditiya pernikahan itu dilangsungkan atas permintaan anak arwah sendiri selepas ianya tertunda sebelum ini disebabkan Covid-19.

Pernikahan mereka memang sempat tertunda dan dijadwalkan kembali akan dilakukan setelah masa COVID-19 usai. Namun karena ayahnya meninggal hari ini, Romadhoni akhirnya meminta pernikahan diselenggarakan hari ini.”

Penduduk setempat dikhabarkan turut berduka dengan pemergiannya kerana arwah dikatakan seorang pemimpin yang baik dan berjiwa rakyat. Arwah juga dikatakan rendah diri, rajin bekerja serta tidak kekok ketika bersama dengan rakyat.

Nikah4Sumber: InsiteKaltim

 

Baca: “Hilang ayah saat jenazah ibu dimandikan”- Sedih! Enam Beradik Jadi Yatim Piatu, Paling Kecil Umur Sebulan

Yatim Piatu 1

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Saya yakin roh Papa masih ada” – [VIDEO] Anak Wakil Rakyat Indonesia Nikah Depan Jenazah Bapa Sebelum Dikebumi
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/saya-yakin-roh-papa-masih-ada-anak-wakil-rakyat-indonesia-nikah-depan-jenazah-bapa-sebelum-dikebumi/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen