in

“Walaupun bukan sekali lafaz” – [VIDEO] Sweet! Mat Salleh Cuba Lafaz Akad Nikah Bahasa Melayu

Ft Matsalleh Akad Nikah Bm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video yang memperlihatkan seorang lelaki dari negara barat cuba berbahasa Melayu telah menarik perhatian netizen di TikTok semalam.


Ia bermula apabila si isteri kongsikan satu rakaman dimana dia meminta suaminya itu cuba ajuk gayanya dalam bahasa Melayu.

 

Suami ajuk isteri dalam Bahasa Melayu

Semuanya bermula apabila @rhainna_natasha kongsikan video itu pada 4 hari lepas dan meraih sebanyak 2.8 juta jumlah tontonan dalam masa 4 hari.

Lelaki tersebut menggunakan kata-kata bahasa Melayu yang membuatkan ramai netizen cair terutamanya bila dia bercakap ‘Gerwam lah’.

@rhainna_natasha

Can’t stop laughing i swear ?? #foryoupage #fyp #mixmarriage

♬ original sound – Rhainna – Rhainna

Disebabkan penularan video ini, ramai netizen yang meminta Rhainna kongsikan video detik suaminya melakukan lafaz untuk akad nikah. Terima permintaan netizen, Rhainna muat naik video tersebut dan meraih 76 K jumlah tontonan dalam masa 2 hari.

Bangga dengan dia! Walaupun bukan sekali lafaz tapi dia ambil inisiatif untuk buat dalam Bahasa.”

@rhainna_natasha

Reply to @rayhansyahirah I’m so proud of him! Walaupun bukan sekali lafaz but he took the initiative to do it in Bahasa ?

♬ original sound – Rhainna – Rhainna

 

Mula kenal sebagai bestfriend

Menurut Rhainna, dia mula berkenalan dengan suaminya yang dikenali sebagai Abdul Aziz Murad itu sebagai seorang kawan rapat, perkongsian ini dibuat susulan dengan pertanyaan warganet berkenaan dengan titik pertemuan mereka.

Rhainna ada kongsikan perbualan mereka buat pertama kalinya dimana Abdul Aziz Murad mengajaknya untuk makan di sebuah restoran Thai, kemudian ‘kawan baik’ itu tawar untuk mengajarnya main piano.

Perkenalan mereka jadi semakin rapat apabila mereka kerap keluar bersama dan bercuti bersama-sama rakan lain.

Rasa cinta mula berputik apabila Abdul Aziz Murad meminta untuk berjumpa dengan orang tua Rhainna. Menurutnya, ‘taktik’ makin dapat dihidu apabila Abdul Aziz siap bahawa keluarga Rhainna belanja makan di restoran kegemarannya.

@rhainna_natasha

As requested, Here you go ❤️ hope y’all enjoy the vid compilation ?#foryoupage #fyp #interracialcouple #malaysia #engaged #fiance #bestie

♬ original sound – Rhainna Natasha – Rhainna

Maka mereka pun bertunang, apa pun kami doakan agar Rhainna dan Abdul Aziz Murad kekal hingga ke jannah. Amin

 

Baca : “Jgn sampai laki mat salleh aku jumpa ko” – Michael Ang Kena ‘Warning’ Dengan Suami Lana Nodin Waktu IG Live?

Ft Suami Lana Warning Michael Ang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.