Isu tentang pendapat pelakon Lana Nodin yang dikatakan mempertikaikan kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini, turut mendapat perhatian anak seni lain.
Pengarah terkenal, Michael Ang berkata dia telah menerima amaran daripada suami Lana, David Mckienzie kerana lantang bersuara membidas pendapat pelakon berkenaan. Menurut mStar, pengarah berusia 45 tahun itu David telah meninggalkan komen ketika sesi IG live dibuat olehnya.
Sebenarnya saya taknak bagi komen selanjutnya sebab suami dia dah bagi amaran…dia masuk dalam sesi IG live saya dan tinggalkan komen macam itu.”
Tak patut cakap DG Hisham hanya berlakon
Michael turut berkata dia bersedia untuk bersemuka dengan mereka berdua untuk menyelesaikan perkelahian ini namun hanya akan berbuat sedemikian selepas pasangan terbabit mendapatkan vaksin Covid-19.
Saya memang terbuka nak jumpa mereka tapi pastikan mereka vaksin dulu…sebab saya memang taknak berjumpa atau bekerjasama dengan mana-mana orang yang tidak ambil vaksin, itu pendirian saya.”
Saya tak kisah sebenarnya kalau dia anti vaksin, itu hak dia…yang saya marah bila dia kata muka penat DG Hisham selama ini hanyalah lakonan, itu adalah satu kebodohan.”
https://www.instagram.com/p/CRySXLgI3mM/
Dia tak nampak ke pengorbanan frontliner ini semua yang expose diri mereka kepada Covid semata-mata untuk selamatkan orang!”
“Jangan sampai laki mat salleh aku jumpa ko!”
Sementara itu, melalui instastory Lana Nodin dilihat menempelak seseorang dipercayai Michael Ang kerana dikatakan masuk campur tentang kenyataannya membabitkan Dr Noor Hisham itu.
Malah, Lana juga turut mengaitkan isu Michael yang telah memasuki agama Islam dan memberikan kata-kata kurang enak dibaca.
Ko tengok video tu aku upload pasal persoalkan SOP, yang ko terlebih meroyan kenapa? Jangan sampai laki mat salleh aku jumpa ko! Ko pun bukan hebat mana pun…”
Baik ko jadi kafir dari sibuk masuk Islam tapi membawang!”
Michael bagaimanapun berkata dia tidak ambil kisah tentang kata-kata hinaan dilemparkan oleh Lana terhadap dirinya kerana malas melayani rentak pelakon itu yang disifatkannya sama seperti netizen lain.
Katanya, dia sering menerima kata-kata sebegitu daripada netizen lain apabila ada isu yang mereka tidak berpuas hati dengan pandangannya sebelum ini.
Dia kata saya kafir, lebih baik tak payah masuk Islam…semua benda itu netizen dah pernah cakap pada saya.”
Jadi perlu ke saya melayan orang yang tidak berotak seperti itu?”
https://www.instagram.com/p/CRyNk_BLk-4/
Patutnya guna pengaruh untuk tulis benda positif
Kata Michael, Lana sepatutnya menggunakan pengaruh yang dimiliki sebagai selebriti untuk minta rakyat bersatu atau tulis perkata yang positif, bukan menakut-nakutkan orang.
Dengan pengaruh besar yang mereka ada buktikan dengan membantu rakyat atau cuba buat kerja-kerja amal atau yang bermanfaat untuk semua.”
Kalau kau suruh DG Hisham letak jawatan, dia dah cukup pandai ke nak gantikan DG?”
Harap persengketaan ini dapat diselesaikan dengan baik antara kedua-dua pihak…
Baca: “Apa yg dia buat ni tak betul” – Kecoh Pasal Tak Puas Hati Dengan DG Hisham, Lana Nodin Buka Mulut…