in

Wajah Persis KJ, Lelaki Jadi Perhatian

Page Hy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua pun sedia maklum yang Abah KJ menjadi dambaan wanita di luar sana. Gitewww.. Mana taknya, dengan taglinetall, dark and handsome” Khairy Jamaluddin sering kali dikatakan sebagai “ideal type” dalam mencari pasangan mereka.



Walau bagaimanapun, nampaknya KJ dah ada pesaing sebab kini terdapat seorang pemuda yang mendapat perhatian ramai kerana rupa paras persis Ahli Parlimen Rembau itu dan semuanya gara-gara video pendek yang memaparkan dirinya beraksi dalam pakaian sukan yang diupload dekat Twitter, lapor mStar.

E1
sumber: twitter

Dalam video tersebut memaparkan pemuda bernama Syafiq Khairil Anuar yang sedang berjoging melalui kawasan perumahan dengan lagaknya yang tidak ubah macam seorang atlet dengan memakai kasut sukan, menyarung jersi berjalur hitam dan kuning beserta berseluar pendek.

Menerusi akaun Instagram, Syafiq pun menunjukkan yang dia merupakan seorang yang aktif bersukan sama macam KJ termasuk berbasikal, bermain ragbi dan macam-macam lagi.

R5
sumber: mstar
T4 1
sumber: instagram

Apabila Instagram era.je post semula video tersebut, tenyata ia turut mendapat perhatian KJ! Dan Abah pun macam biasalah, sempat menyelitkan gurauan!

E2
sumber: instagram
R6
sumber: instagram

Sejak video itu, ramai yang memberikan respon mereka dan rata-rata setuju bahawa dia kelihatan mirip seperti KJ termasuklah gegadis yang nampak video tersebut.

“Macam adik beradik… Muka sama..”

“Ingatkan KJ masa muda”

“Ya lah… Serupa betul tapi KJ lagi mantap”

“Wowo.. Memang samalah dengan KJ”

Wow! Memang tak dapat dinafikan ada persamaan wajah Syafiq dengan KJ. Lepas ni makin popularlah dia!

Baca: “Duit KBS hilang RM100 juta. Macam ni boleh panggil Abah?”

Abah Ko

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.