Sebab tu lah orang kata, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali! Gara-gara gemar menipu dan amalkan kegiatan pukau pada penduduk tempatan, dua wanita warganegara China telah direjam bertubi-tubi dengan telur.
Menerusi perkongsian di Facebook, kelihatan dua wanita tersebut diikat tangan mereka dan dibaling dengan telur oleh penduduk Taman Megah Ria, Johor Bahru dalam sebuah video.
https://www.facebook.com/serembanpage/videos/478546102891619/?__xts__[0]=68.ARDl2Au3q-KdPNrBwC4FsssQDW-g-ojmSsDspkRFjuWv2xHAF87Mp3u1tvnyEXWHmAfrOkH-wNlStiVLKRqNzsoNQzV3fOw2zqgjZAk8yfq5ptvHPqLl5wkQAAa6ZIBuyhAxnhq6ONVDY8DX62Cm8XONBYCigcWVv5LNu8kDXn0yi4j0zJfYDUCUs8_hWf9gJ21kMa6IKgIBm_dgFoFWpSaFTvdLFVddbhl–WeAJJMPG8PyI4YxRS9ueciuMI5hUIEsbdUVO3MZocPzZHp8BnXjHfUzaUNxTzSa0rrmFGgYFkBs4lRUnU1QJFn9gHTM–5TrD9XzKKH9JKLuB82qUqB-FbPptn7TEj4MvfU0vHIpo8dcAZqPsowdw&__tn__=H-R
Rupanya buat kerja sampingan bomoh atau pawang tolak bala
Menurut Harian Metro, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kedua-dua wanita tu disyaki dipukul oleh peniaga pasar Taman Megah Ria, JB kerana didakwa menipu mereka.
“Dua wanita ini warga China. Mereka buat kerja sampingan seperti bomoh atau pawang tolak bala.
“Sebelum ini, mereka pergi ke kawasan itu ambil pelanggan. Jadi, secara tak langsung pelanggan ini semua kena tipu.
“Pada hari kejadian, dua suspek ini datang semula ke kawasan itu dan terserempak dengan peniaga di situ. Mereka kenal, jadi mereka bertindak mencederakan dua suspek ini,” katanya.

“Aunty uncle jangan rejam sama itu telur dengan mangga sajaaa, kasi rejam sama Musang King berjemaah”
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut berkongsi kemarahan yang sama siap suruh uncle dan aunty di pasar tu baling Musang King pula pada penjenayah dua orang tu. Haish korang ni…

“Peniaga tak boleh ambil tindakan sendiri, perlu buat laporan polis”
Walau bagaimanapun, pihak polis terpaksa mengambil tindakan terhadap peniaga yang ditipu sebab tak buat laporan polis berhubung kejadian tu sebaliknya dorang pulak bertindak sendiri dengan cederakan suspek.
“Laporan polis pun tidak pernah buat, kemudian ambil tindakan sebegini, saya tidak boleh bertoleransi dalam benda seperti ini,” katanya.
Haih itulah datang negara orang buat benda tak elok, kan dah jadi macam ni. Apa-apapun min rasa sebaiknya penduduk tempatan laporkan lah hal ini kepada pihak berkuasa dan jangan ambil tindakan sendiri.
Baca: “Saya bagai dipukau” – Gadis Trauma Hampir Dicabul Orang Minyak Dalam Rumah Sendiri