in

“Virus bukan dari pasar” – Pakar Virologi Dari China Bakal Dedah Bukti COVID-19 Berasal Dari Makmal di Wuhan!

Aa1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada akhir tahun lalu, satu dunia digemparkan dengan berita penyebaran wabak COVID-19 yang didakwa berasal dari sebuah pasar basah di Wuhan, China. Pasar yang menjual pelbagai jenis haiwan eksotik itu dipercayai adalah punca kepada kemunculan wabak ini.


A1 3 1

Walau bagaimanapun, seorang pakar virologi dan imunologi dari Hong Kong menyelar dakwaan itu dan mengatakan bahawa virus tersebut berasal dari makmal di Wuhan, China.

Dr Li-Meng Yan selaku salah seorang penyelidik juga memaklumkan beliau akan mendedahkan data saintifik sebagai bukti bagi menunjukkan wabak ini bukan dari pasar basah seperti didakwa kerajaan republik itu.

“Perkara utamanya ialah (punca) di pasar daging di Wuhan itu adalah usaha untuk mengaburi mata, dan virus ini bukan terhasil secara semulajadi”

A3 2 2

 

Ini tanggungjawab saya sebagai seorang doktor dan penyelidik – Dr. Yan

Disoal berkenaan kebimbangan beliau dalam membongkarkan maklumat ini, beliau mengatakan ini adalah salah satu tanggungjawabnya sebagai seorang penyelidik.

“Pada awalnya, saya berasa agak takut ketika ingin menyampaikan berita ini kepada orang awam. Namun, sebagai doktor saya perlu lakukannya. Jika tidak saya akan menyesal di kemudian hari”

A2 3

Pendedahan ini telah dilakukan menerusi satu sesi temu bual panggilan video di Youtube.

Dr Yan berkata beliau pernah mendakwa menemui bukti jangkitan virus dari manusia dan kemudian melaporkan perkara itu kepada penyelianya.

Namun, penemuan yang dibuat tidak diendahkan walaupun ia mampu menyelamatkan banyak nyawa, lapor Astro Awani.

 

Baca: Kajian Dapati Makan Di Luar Tingkatkan Risiko Dijangkiti COVID-19

A 3 2

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.