in

Kajian Dapati Makan Di Luar Tingkatkan Risiko Dijangkiti COVID-19

Untitled Collage 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau anda jenis yang suka lepak makan di restoran, mungkin boleh consider untuk bungkus dan makan di rumah je lepas ni — sebab ada kajian menunjukkan makan di luar atau dining out sebenarnya mendedahkan kita kepada risiko untuk mendapat jangkitan COVID-19.


Memetik laporan Live Science, dapatan itu diperoleh menerusi hasil kajian yang dibuat terhadap pesakit di 11 buah hospital dari seluruh Amerika Syarikat.

Seramai 314 individu telah menjalani ujian kerana mengalami simptom jangkitan, dan separuh daripada jumlah itu menunjukkan keputusan positif manakala separuh lagi negatif.

Penyelidik kemudian menjalankan kajian lanjut mengenai aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan individu positif COVID-19 ini 14 hari sebelum gejala jangkitan mula muncul, dan mendapati kesemua mereka pernah makan di restoran, bar dan coffee shop.

Hasil kajian terbaharu itu juga sekali gus memberi amaran bahawa COVID-19 lebih mudah menjangkiti manusia dalam situasi di mana mereka tidak dapat mengamalkan penjarakan sosial dan memakai topeng muka, umpamanya seperti di restoran.

 

Baca: Buat BBQ Untuk “Lepas Rindu” Selepas Terpisah, 14 Ahli Keluarga Dijangkiti Covid-19

Capture 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.