in

Viral Kisah Pemuda Hilang Ketika COD Iphone! Rupanya Diculik Pembeli Yang Menyamar Sebagai Polis

Fi Viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini media sosial kecoh dengan berita viral mengenai kehilangan seorang pemuda yang dalam perjalanan untuk COD Iphone dijualnya kepada pelanggan dalam kejadian di Sungai Besi.


Kehilangan pemuda bernama Muhammad Amirul Shafiq, berumur 25 tahun ini menjadi tanda tanya ramai pihak sehinggakan ahli keluarga memuatnaik kisah kehilangan pemuda ini sebagai alternatif untuk menjejaki Amirul Shafiq.

Viral 1

Selepas beberapa hari kehilangannya, pemuda ini akhirnya berjaya ditemui dan diselamatkan pihak polis di Ayer Keroh, Melaka tengah malam tadi. Eh! Jauhnya sampai Melaka.

Bercerita mengenai apa yang berlaku, Amirul berkata dia tidak menyangka lelaki yang ingin membeli telefon bimbit yang dijualnya itu akan perangkap dan membawa dia lari.

Viral Fi 1

Katanya, dia pada mulanya berjumpa dengan lelaki tersebut untuk COD tiga unit telefon pintar Apple Iphone 12 dengan harga lebih RM 17,000 di sebuah kedai di Sungai Besi, jam 7.30 malam sabtu lalu menurut Harian Metro.

“Saya ketika itu tunggu hampir sejam kerana lelaki itu memberi alasan ingin mengeluarkan wang terlebih dahulu.

“Sebaik dia tiba, lelaki itu meminta saya mengikut dia masuk ke dalam keretanya di parkir di bawah banggunan itu kononnya tidak mahu orang nampak ketika mengira wang yang dibawanya itu,” katanya lagi.
Lain pula yang jadi apabila di dalam kereta tersebut rupanya ada dua lagi lelaki yang menunggu. Pembeli itu kemudiannya terus menyembur ubat nyamuk ke mata dan menumbuknya sebelum mengikat tangan dan menutup mulut dengan pita pelekat.
“Saya cuba menjerit meminta pertolongan ketika itu namun tiada sesiapa yang menyedari sebelum mereka terus bergerak ke sebuah farmasi di sekitar Sungai Besi.

“Saya kemudian diberi 10 biji ubat dan dipaksa makan menyebabkan mula dalam keadaan separuh sedar,” katanya.

Menurut Amirul, dia kemudian terus dibawa ke rumah yang terletak di Ayer Keroh, Melaka dan dikurung di dalam rumah itu bersama lelaki lain dipercayai kawan mereka. Mereka turut menyamar sebagai polis dan mendakwa Amirul membuat kesalahan.

“Pembeli terbabit bersama dua lagi lelaki kemudian meninggalkan saya bersama rakan mereka di rumah itu pada Ahad lalu.

“Malah rakannya yang mengawal saya itu turut menyamar kononnya dia adalah anggota polis dan menahan saya kerana melakukan kesalahan,

“Sepanjang lima hari dikurung di dalam sebuah rumah di Ayer Keroh, Melaka, saya hanya beberapa kali sahaja makan nasi dan biskut malah kadangkala tidak diberi makan.”

Tambahnya, dia bermimpi dia diselamatkan oleh polis dan akhirnya ia menjadi kenyataan apabila polis datang menyerbu rumah itu.

Selamat 1 Edit

 

“Saya bersyukur anak selamat dan berterima kasih kepada pihak polis yang mengesan dan menyelamatkan anak.

“Difahamkan mereka yang melakukan perbuatan itu ke atas anak saya sudah ditahan polis “- Sudirman Daek, Bapa

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon mengesahkan mangsa berjaya diselamatkan dan kenyataan media akan menyusul.

 

Baca : “Saya takkan berhenti”; Lepas 10 Tahun, Lelaki Ni Masih Berenang Cari Isteri Hilang Dalam Tsunami Jepun

Foot Viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.