in

“Saya takkan berhenti” – Lepas 10 Tahun, Lelaki Ni Masih Berenang Cari Isteri Hilang Dalam Tsunami Jepun

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang suami setia masih mencari isterinya yang hilang ketika tsunami melanda Jepun pada tahun 2011 yang lepas.



Menurut Daily Express, Yasuo Takamatsu yang kini berusia 64 tahun ini telah kehilangan isterinya bila gempa bumi yang menyebabkan ombak kuat “menyerang” kota Onagawa di Miyagi 10 tahun lalu.

Selepas kejadian tersebut, Yasuo telah belajar berenang skuba supaya dia boleh meneruskan pencariannya untuk menjejaki isterinya di dalam Lautan Pasifik.

07Japan Articlelarge

Selepas dua tahun, lelaki ini berjaya mendapat lesen diving dan teruskan misinya untuk mencari jenazah isterinya. Setiap minggu, Yasuo akan berenang dalam lautan sejuk beku dan telah pun berenang sebanyak 470 kali selama tujuh tahun.

Sepanjang pencariannya ini, Yasuo telah menemui album gambar dan artifak-artifak lain di dalam lautan luas tapi tak ada satu pun milik isterinya.

Methode Times Prodmigration Web Bin 4140C5C7 55D8 33B7 A4B4 48Bb551630E0

Saya berenang macam saya akan jumpa dia di satu tempat dan sentiasa fikir yang dia ada dekat satu tempat berhampiran.”

Selain berenang sendirian setiap minggu, Yasuo juga turut sertai pihak berkuasa tempatan yang membuat pencarian dalam air bagi mencari 2,500 mayat yang masih belum ditemui.

Lelaki ini berkata, selagi dia hidup dia akan terus mencari isterinya untuk dibawa pulang ke rumah.

Mesej terakhir dia hantar dekat saya dia cakap, ‘Awak ok? Saya nak balik rumah.” Saya pasti dia masih nak balik rumah.”

Untuk pengetahuan korang, tsunami kuat yang berlaku pada 11 Mac 2011 ini telah melanda Onagawa dan meragut sebanyak 827 nyawa, hampir 10 peratus penduduk bandar tersebut dan memusnahkan 70 peratus bangunan di sana.

Manakala jumlah keseluruhan kematian di seluruh Jepun akibat tsunami ini pula adalah sebanyak 20,000.

Kesiannya, harapnya satu hari nanti dia jumpa juga isterinya…

 

Baca: “Cinta teragung” – Kisah Lelaki Tunggu Kekasih Sejak Tahun 70-an Di Tempat Sama Setiap Hari Berakhir Tragis

Screenshot 2021 03 11 At 5.19.10 Pm

Sumber: NY Times
Sumber: The Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.