in

[VIDEO] Wanita Cuak ‘Stranger’ Cuba Ceroboh Kereta, Netizen Perasan Pintu Dicalit?

LELAKI CUBA CEROBOH KERETA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni dah bermacam taktik yang penjenayah lakukan untuk pecahkan kereta semata-mata untuk dapatkan barang berharga yang pemilik kereta tinggalkan. Bukan sahaja ketika memandu, kita digalakkan untuk peka dengan keadaan sekeliling ketika kereta berhenti untuk elakkan kejadian buruk terutama sekali apabila bersendirian dalam kenderaan.

Sama juga seperti situasi yang menimpa wanita ini yang memuatnaik satu video di TikToknya @emmazack521 berkongsi tentang dirinya didekati oleh seorang individu misteri. Ish, takutlah!


 

“Nasib baik aku sempat kunci pintu”

@emmazack521

#fypシ

♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin

Dalam video tersebut, wanita ini yang lebih dikenali sebagai Emma sedang berada seorang diri dalam kenderaan dan difahamkan bahawa si suami telah keluar seketika. Bagaimanapun, dia jadi panik lepas seorang lelaki tak dikenali tiba-tiba muncul dan berdiri di bahagian luar pintu kereta.

Jelasnya, lelaki itu dipercayai cuba untuk menceroboh masuk ke dalam kereta melalui pintu pemandu. Namun, mujurlah wanita ini bertindak pantas dengan mengunci kereta sebelum kejadian tersebut berlaku.

Selepas beberapa kali mencuba dan gagal membuka pintu, individu berkenaan yang memakai pakaian serba hitam akhirnya beredar pergi daripada kawasan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa seriau dan lebih menyeramkan lagi, ada netizen yang sedar lelaki berkenaan seakan-akan cuba calit sesuatu pada pemegang pintu selain mendakwa terdapat unsur mistik yang mungkin boleh berlaku dalam kejadian tersebut.

“Dia ada calit something dekat pemegang pintu kereta akak” – Komen netizen

KOMEN LELAKI STRANGER

Kebanyakan daripada netizen sedar tentang kepentingan memasang tinted gelap pada kereta dan mereka juga beringat untuk sentiasa kunci pintu kereta apabila bersendirian.

Korang mungkin boleh bawa self defense kit sebagai salah satu cara nak lindung diri dari penjenayah!

Baca: “Disangka Penagih Rupanya Terkena Sawan, Netizen ‘Respect’ Lelaki Ni Bantu ‘Stranger’ Tepi Jalan”

stranger bawah

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.