in

Disangka Penagih Rupanya Terkena Sawan, Netizen ‘Respect’ Lelaki Ni Bantu ‘Stranger’ Tepi Jalan

Netizen Respect Lelaki Ni Bantu Stranger Tepi Jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap ramah dan bantu membantu walaupun kadang kala orang yang dibantu itu adalah ‘stranger’. Namun, bagi sesetengah situasi, rakyat Malaysia harus lebih berhati-hati kerana sekarang ni dah bermacam taktik penjenayah lakukan untuk menyakiti mangsa.


Selalunya kalau kita lihat ada orang yang berkelakuan pelik tepi jalan bukanlah suatu yang aneh lagi. Kebanyakan daripada mereka selalunya mengalami masalah mental atau kurang waras dan mereka ni akan diendahkan asalkan tidak ganggu ketenteraman orang awam lain.

Lain pula kesnya dengan perkongsian seorang TikTokers yang telah berkongsi video membantu seorang lelaki yang terbaring di tepi jalan.

Menurut Ohmymedia, pada awalnya pemuda ini menyangka lelaki yang baring di tepi jalan merupakan penagih dadah memandangkan lokasi kejadian yang agak terpencil dan jauh dari orang ramai.

Pemuda

Selepas ditanya beberapa kali, rupa-rupanya lelaki itu menjawab dengan keadaan lemah dan perlahan sambil berkata yang dirinya mengalami serangan sawan sehingga terbaring di tepi jalan.

Cepat bertindak, pemuda ini segera memberikan pertolongan dan turut serta beberapa orang yang kebetulan ada disitu turut sama membantu dalam memeriksa keadaan lelaki terbabit. Lelaki yang terkena sawan itu juga dilihat meminta sedikit air bagi meredakan sawannya dan pemuda itu turut bawa pulang lelaki terbabit ke rumahnya.

Sawan 2

Lelaki tersebut dilihat berulang kali mengucapkan terima kasih kepada pemuda terbabit yang sanggup membantunya. Pemuda ini juga ada menjelaskan beberapa orang yang kebetulan berada di kawasan tersebut tidak membantu lelaki berkenaan atas faktor keselamatan.

Ramai netizen terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan menambah bahawa masih ada sifat kemanusiaan walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.

“Terbaik bro..semoga bro dimurahkan rezeki dan digandakan pahala” – Komen netizen

“Tahniah anak muda” – Komen netizen

Netizen mendoakan yang terbaik agar urusan pemuda tersebut dipermudahkan dan kebaikan pemuda tersebut dibalas dengan sesuatu yang lebih baik.

Baca: “[VIDEO] Lelaki Singapura Bawa Kereta BWM Dirakam Buang Air Kecil Tepi Jalan di JB”

Jb

 

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.