[VIDEO] Unik! Ramai Puji Kecomelan Bayi ‘Istimewa’ Dari Sarawak Ini

Tambah ke Sumber Pilihan
[VIDEO] Unik! Ramai Puji Kecomelan Bayi ‘Istimewa’ Dari Sarawak Ini

Kalau dah namanya baby, confirm comel kan? Geram je tengok! Lepastu wangi je bau baby ni tau. Tenang je bau dia.

Bila nak marah kan…tengok baby terus tak jadi marah. Diorang ni kira macam pengubat lah untuk kita bila stress.

Bercerita tentang baby, tular di laman TikTok baru-baru ini, seorang bayi dari Sarawak yang terlihat sangat unik dan comel!

Video berdurasi 16 saat sahaja itu telah berjaya membuat banyak hati yang cair melihat kecomelan bayi ini. Dikongsikan oleh saudari @avelina_93, bayi tersebut dikatakan sangat unik dan istimewa kerana mempunyai bulu yang lebat macam ‘teddy bear’!

Bayi berusia 7 bulan tersebut terlihat mempunyai bulu yang sangat lebat dan lembut. Dikatakan, ramai yang geram melihat kecomelannya sehingga video tersebut berjaya mencapai sebanyak 1.6 juta jumlah tontonan dalam masa sehari sahaja!

Ada yang berpendapat bahawa bayi ini menghidap Hypertrichosis (werewolf syndrome) iaitu keadaan seseorang yang mempunyai bulu yang sangat lebat di seluruh tubuh badan. Namun begitu, tiada lagi kenyataan yang sahih dikeluarkan oleh pihak keluarga terutama daripada ibu bapa bayi comel itu berkenaan keadaan sebenarnya.

Jika dilihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji bayi berkenaan dan geram melihat gelagat comelnya. Ada juga yang berkata pernah berjumpa dengan bayi ini bersama ibu bapanya di sekitar Sarawak.

Komen Bayi 5Sumber: TikTok

Komen Bayi 1Sumber: TikTok

Bayi 2Sumber: TikTok

Selain itu, ada juga yang mendakwa dirinya pernah terjadi situasi seperti bayi ini dan bulu lebat itu dikatakan akan mula gugur semasa proses membesar. Namun, keadaan yang sama akan terjadi kepada bayi ini tidak dapat dibuktikan kerana punca sebenar keunikan bayi ini belum diketahui.

Komen Bayi 4Sumber: TikTok

Apapun, dia tetap cute! Rasa geram je tengok baby tu mesti lembut kan dia!

Baca: Baby dah boleh bawa balik- Wanita Hamil Parah Dipukul Suami Telah Selamat Melahirkan Bayi

Baca Baby

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izatul Azman
Lagi tulisan Izatul
Bonjour, nama penuh saya ialah Nur Izatul Najwa binti Azman tetapi lebih dikenali sebagai Wawa, berumur 23 tahun. Saya berasal dari Johor dan merupakan pelajar tahun akhir Bacelor Bahasa Asing (Perancis) di Universiti Putra Malaysia. Saya seorang yang sukakan cabaran dan suka mencuba benda baru.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

[VIDEO] Unik! Ramai Puji Kecomelan Bayi ‘Istimewa’ Dari Sarawak Ini
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/video-unik-ramai-puji-kecomelan-bayi-istimewa-dari-sarawak-ini/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM