in

“Baby dah boleh bawa balik” – Wanita Hamil Parah Dipukul Suami Telah Selamat Melahirkan Bayi

Jahidah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu, pernah viral mengenai kisah wanita hamil bernama Jahidah Nordin, 43, yang dilaporkan alami kecederaan parah hingga menyebabkan koma akibat dipukul suami.


Namun baru-baru ini, ahli keluarga mangsa memaklumkan satu berita baik mengenai wanita itu apabila dia sudah selamat melahirkan bayi yang diberi nama Jihady Nasywan pada Selasa lepas di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Hm176Jahidah 1638325166

Menurut Astro AWANI, berita gembira itu telah dikongsikan di Instagram adik Jahidah, Fazariah, 38, pada Khamis lepas.

Fazariah dalam pada itu sedang menunggu perkembangan lanjut dari kakaknya, Fauziah yang kini sedang menguruskan anak saudaranya untuk dibawa pulang.

Walau bagaimanapun katanya, Jahidah masih lagi tidak dibenarkan keluar dari hospital kerana masih memerlukan pemantauan doktor.

“Tapi Alhamdulillah keadaannya stabil,” katanya.

 

Suami Jahidah maklum bayi selamat dilahirkan 

Sementara itu, Fazariah juga memberitahu keluarganya ada memaklumkan kepada suami Jahidah bahawa bayi itu selamat dilahirkan.

Katanya lagi, keluarga mereka tidak kejam untuk menyorokkan perkara itu kerana tahu itu haknya sebagai seorang bapa.

51638329624 Jahidahnordin

Semoga mangsa cepat sembuh dan bayi yang baru dilahirkan dalam keadaan baik-baik saja. 

Baca: “Hancur hati ayah kami izinkan kau nikah” – Wanita Hamil Patah Tulang Rusuk & Alami ‘Brain Damage’ Didera Suami

Damage

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.