in

[VIDEO] Tiba-Tiba Dibaling Batu Dari Tempat Gelap, Wanita Berani Rekod Video Cari ‘Makhluk Halus’ Yang Kacau

Cats 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak ada pengalaman kena kacau dengan makhluk halus? Memang meremang weh bulu roma.



Pengalaman yang sama dirasai oleh seorang wanita apabila dia menceritakan kisahnya diganggu oleh makhluk halus pada waktu malam.

 

Dibaling batu dari tempat gelap

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di Tiktok oleh pemilik akaun dayahdimana2, dia bercerita yang dia kena kacau dengan makhluk halus waktu dia tengah duduk santai atas buaian luar rumah sambil ambil angin.

@dayahdimana2

sebelah rumah akak ni owner kat KL tapi dulu ade nenek tapi dah meninggal baik org nye🥰#tiktokmalaysia #muarjohor #dayahdimana2 #nulldimana2

♬ original sound – #dayahdimana2 – #dayahdimana2

Tengah syok berehat,tiba-tiba dia terdengar macam ada sesuatu tengah baling batu ke arah rumahnya. Katanya bunyi itu datang daripada kebun buah yang bersebelahan dengan rumah dia.

“Pukul 10 malam tu saya duduk di buaian sambil main telefon. Tiba-tiba bunyi macam ada sesuatu tengah baling batu ke rumah.”

 

Siap panggil suruh keluar

Dengan seorang dirinya, wanita itu terus buka aplikasi video dan pergi ke arah datangnya bunyi itu sambil suluh lampu. Berani gila weh, kalau kita ni dah lari masuk rumah.

Bila sampai di kawasan yang dipercayai punca bunyi itu, wanita ini dengan beraninya memanggil ‘makhluk halus’ itu untuk keluar tapi dia tak jumpa apa-apa pun.

“Memang saya seorang diri je berjalan masa tu. Sambil menyuluh, sambil saya panggil tapi tak ada pula ‘bendanya’.”

Menurut mStar, ini bukanlah kali pertama dia diganggu sejak 12 tahun tinggal di rumah itu. Walaupun sering diganggu, tapi dia bersyukur yang makhluk itu tak usik lebih-lebih.

“Benda ini ‘perempuan’ sebab berambut panjang. Saya selalu nampak bayang-bayangnya waktu dalam rumah, walaupun waktu siang.”

 

Nampak kelibat dekat pokok

Di ruangan komen, ramai yang tabik dengan wanita ini sebab berani panggil makhluk halus itu siap buat video lagi. Ada juga netizen yang cakap diorang macam nampak kelibat bayang-bayang hitam dekat celah pokok. Takut laaa nak tengok.

Photo6183773486649027519

Photo6183773486649027520

 

Sumber: mStar, dayahdimana2

Baca:”Bukan makhluk halus”- Ingatkan Hantu Rupanya Orang! Kelibat ‘Wanita Misteri’ Tolong Cari Mangsa Kemalangan Terjawab

Capture 12

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.