in

[Video] Tesco Jual Ayam Yang Disembelih Cara Tak Halal? Jakim Dah Sahkan Bahawa…

Tesco4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumaat lepas, ada satu video tular dimana Pasaraya Tesco dikatakan menjual ayam yang tak halal. Cara penyembelihannya difahamkan tidak mengikut syarak.


Ia mengundang rasa was-was dalam diri netizen terutamanya bagi mereka yang beragama islam. Ya lah, Tesco kan tempat selalu kita beli barang harian, mestilah rasa curiga.

Namun begitu, Tesco dan JAKIM ada buat pengesahan bahawa…Ikuti cerita penuh disini.

 

“Ini bukan sembelih, ini cabut je kepala”

Allah..TOLONG LA!! Jangan aniaya pelangan macam ni..TOLONG CHECK SEBELUM JUAL!! jika betul admin minta pihak berkenaan bertanggungjawab dalam hal ini..Admin mendoakan kita semua terpelihara dari perkara sebegini..

Posted by Sekawan Jebon on Friday, December 14, 2018

Video yang berdurasi 2 minit 53 saat tu menunjukkan argument terhadap seorang pelanggan yang musykil dengan teknik penyembelihan ayam tersebut.

Ini kerana ayam itu kepalanya dibelah dan ada lebihan kulit. Umunya, kita tahu ayam yang disembelih mengikut syarak adalah memutuskan Halkum dan urat Marih. Kalau tidak ia dianggap sebagai bangkai.

Sudah semestinya kulit juga terbelah. Bagaimanapun Tesco ada keluarkan kenyataan berhubung penularan video ini.

 

Kenyataan Tesco

48263098 2064150396956190 9013125025414250496 N
Sumber : facebook

 

Difahamkan, kejadian ini berlaku di Tesco cawangan Melaka Sentral. Kenyataan itu disokong oleh bahagian hab halalJAKIM dan mengesahkan bahawa ianya halal.

 

Kaedah penyembelihan moden

Kepala2
gambar hiasan

“Berkenaan isu video pertikaian status halal ayam sembelihan yang dijual di pasaraya Tesco Melaka Sentral, tular ini berpunca dari salah faham awam berkenaan kesan head puller terhadap ayam sembelihan yang menampakkan seolah-olah ayam tidak disembelih menurut hukum syarak.

Salah faham ini juga berlaku kerana kurangnya kefahaman berkenaan realiti pemprosesan ayam di pusat penyembelihan yang menggunakan pelbagai fasiliti moden. Sudah pasti pemprosesannya berbeza dengan pengeluaran berskala kecil.” – Bahagian Hab Halal, JAKIM

Untuk pengetahuan teknik Head Puller ini merupakan teknik moden penyembelihan ayam. dimana ia direka untuk mencabut kepala ayam setelah ianya sempurna disembelih.

Teknik Head Puller itu penyebab akan ada lebihan kulit memandangkan ia disembelih dengan cara gantungkan kaki ayam di atas.

Jadi korang semua bertenang, ayam kat Tesco tu memang halal, sebab dia pakai teknik ini untuk sembelih. Bahkan dapat pengesahan JAKIM lagi. 

 

Baca : Gadis Curi Barang Kemas Berjumlah RM50,000 Pada Hari Pertama Kerja di Tesco Kulim

Curi1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.