in

“Saya dah bersedia nak mati” – [Video] Wanita Terakam ‘Stalker’ Cuba Masuk Rumah Masa Dia Tengah Buat Video Menari Di TikTok

Collage 6 E1658033571693

Nasib baik ada TikTok!

Rutin menari depan kamera wanita ini bertukar jadi insiden mengerikan bila tiba-tiba seorang lelaki tak dikenali masuk ke dalam rumahnya melalui balkoni apartment tingkat dua!

Insiden yang berlaku di Maryland, Amerika Syarikat ini terjadi bila Hannah Viverette baru je mula nak rakam tariannya untuk TikTok sebelum seorang lelaki tiba-tiba buka pintu balkoni dan cuba untuk masuk ke dalam, lapor Kiro 7.

Dalam video yang dikongsikan ini, korang boleh tengok Hannah terkejut bila seorang lelaki tiba-tiba buka pintu sebelum tanya Hannah, “Saya kawan awak tak?” Hannah menjawab, “Tak” dan meminta lelaki tersebut untuk keluar dari apartmentnya.

Screenshot 2020 12 03 At 1.30.50 Pm

Walaupun telah diminta untuk keluar, lelaki tersebut kelihatan tak nak berganjak sebelum wanita ini keluar dari rumahnya dan mula mengetuk pintu jirannya.

Lelaki ini berdiri beberapa saat di balkoni rumahnya sebelum beredar sambil menutup pintu. Video ini terhenti bila jiran Hannah buka pintu dan wanita ini minta untuk masuk rumahnya.

Bila dia buka pintu, saya dah bersedia nak mati.”

Bercakap dengan media tempatan, Hannah mengatakan yang ketika dia melihat lelaki itu, dia mula sedar yang lelaki tersebut adalah lelaki yang sama pernah tegur dia sebelum ni dan sering duduk dalam kereta di luar apartmentnya dan stalk wanita ini.

Lelaki tersebut yang kemudiannya dikenali sebagai Rodriguez Gomez telah ditahan namun dibebaskan dengan jaminan beberapa hari kemudian.

D21F4B7852A346Ae8Fcb3F5675Bc57A6 Md

Ekoran ini, Hannah bimbang dengan keselamatannya kerana lelaki itu tinggal dalam kompleks yang sama dengan tempat tinggalnya. Walaupun, pemilik apartment telah meminta lelaki itu untuk keluar dari rumahnya, dia tetap diberikan tempoh 30 hari. Dalam masa ni, macam-macam boleh jadi.

Polis bagitahu saya yang dorang tak boleh nak tahan lelaki ni sebab risau dengan jangkitan Covid. Saya tak rasa ianya adil untuk lelaki ni bebas dan saya perlu risau setiap masa.”

Menurut Hannah lagi, dia kini dah tak tinggal di apartmentnya pada waktu malam tapi dia tak nak benarkan lelaki tersebut untuk buat dia takut nak pergi ke rumahnya sendiri.

Video yang dimuatnaik Hannah di TikToknya itu telah mendapat sebanyak lebih 9 juta tontonan setakat ini. Korang boleh tengok video dekat bawah ni:

Kalau tak ada video ni, lelaki ni boleh je tipu cakap Hannah jemput dia masuk rumah…

 

Baca: “Saya dari Ampang, New York” – Penyokong Trump Kena ‘Serang’ Dengan Netizen di TikTok Sebab Guna Emoji Bendera M’sia

Screenshot 2020 12 03 At 1.36.20 Pm

Sumber: TMZ