in

Video Staff Daycare Tampar Budak Kecil 4 Tahun Bertubi-tubi Sampai Pipi Bengkak

Didera3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni macam-macam kejadian aneh berlaku, lebih-lebih lagi kalau bab pengasuh mendera budak-budak ni.


Selama ini kita akan melihat kesan pada budak, tapi kali ini siap ada video lagi! Kejadian ini berlaku di Haslet, Texas. Lapor FOX 10, memaparkan video kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun ini dipukul teruk oleh staff pusat penjagaan anak.

Eeeee! Admin pantang betul tengok orang pukul budak-budak ni.

 

Muncul kesan calar, bengkak. Pihak penjagaan kata dia buat sendiri


Tracey Ludwig, 36 tahun yang bekerja di pusat penjagaan anak di pinggir kota Haslet Fort telah menampar berulang kali  seorang kanak-kanak 4 tahun di abwah penjagaannya.

Ibu kepada kanak-kanak itu mereka dapat ‘hidu’ tapi mereka kurang pasti sehinggalah dapat menonton video tersebut. Kejadian itu dirakam oleh pihak security.

Ibunya Kindsie Andreason teringat pada 6 November lepas, terdapat kesan calar merah di wajah dan lehernya sewaktu suaminya ingin mengambil anaknya dari pusat jagaan tersebut.

Video yang menunjukkan pekerja itu menendang anaknya dan menahan kedua-dua belah tangan. Mereka bergelut selama beberapa minit sebelum menampar berulang kali di muka dan dada kanak-kanak tersebut.

Lepas dua hari, muncul pula lebam lebam di tapak tangan dan wajah kanak-kanak tersebut, namun jawapan pihak mereka adalah itu perbuatan anaknya sendiri.

Anaknya trauma takut nak tidur sorang dan mula bertindak seperti penjaga tersebut

Dera4
Sumber : fox 10

Selepas dia dapat menonton video tersebut, Andreason sendiri rasa ngeri melihat anaknya didera sedemikian rupa.

“Hanya kemarahan yang melanda saya. Sungguh mengerikan melihat anak saya duduk di sana kerana terkena seseorang yang anda bayar untuk menjaga anak anda.”

Kata Andreason lagi, anaknya itu kini mengalami mimpi ngeri dan takut untuk tidur bersendirian, Lebih merumitkan lagi ia memberikan impak kepada anaknya apabila mula terngiang-ngiang dan seolah-olah mengikut jejak langkah Tracey.

“Kami ada bela anjing kecil, dan dia terkam leher Willow(anjing) dan menolaknya ke tempat tidur kami. Dan kami memberitahunya bahawa kami tidak berbuat demikian. Dan dia hanya berkata, ‘Saya menjadi Miss Tracy.’ “

Disebabkan itu, Andreason memberikan nasihat kepada para ibu bapa di luar sana.

“Rajin-rajinlah tanya anak anda. Jika anda melihat sebarnag kesan pada badan anak anda atau jika mereka mula bertindak berbeza. Tanya soalan sehingga anda mendapat jawapan”

Tracey Ludwig telah dipecat dan Andreason dah mengajukan tuntutan sivil terhadap penjagaan anak

 

Baca : Kesan Koyakan Pada Selaput Dara & Dubur, Bayi 9 Bulan Mati Didera Suami Pengasuh

Babymati 758X400 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.