in

[VIDEO] Sebak! Nenek Usia 87 Tahun Gigih Berniaga, Mengadu Beberapa Hari Tak Makan Nasi

Fi Nenek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wabak pandemik yang melanda negara kita ini memberi kesan yang sangat mendalam kepada masyarakat. Peniaga-peniaga kecil dilihat sangat terkesan, sampai ada yang terpaksa buat pelbagai kerja untuk meneruskan hidup.


Seakan sama dengan kisah ini, seorang warga emas ‘terpaksa’ berniaga supaya dapat membeli beras untuk dimakan.

 

Datang dari jauh… mata dah tak nampak

Perkara ini dikongsikan oleh Hanif Asyraf di akaun TikToknya, di mana dia ketika itu mengunjungi Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. Ketika di situ, dia terserempak seorang wanita warga emas yang sedang berniaga di atas lantai pasar tersebut.

Nenek 1

Lalu Hanif mendekati wanita itu, dan bertanya barangan jualannya. Wanita berusia 87 tahun itu turut memberitahu bahawa mata sebelah kanannya dah tak dapat melihat dan dia berasal dari Selising, satu bandar yang terletak di Pasir Puteh, Kelantan.

Nenek tersebut mendedahkan, kalau dia tak datang ke tempat itu untuk berniaga maka tak ada makanan untuk dimakan. Di samping itu, dia turut beritahu bahawa dia tiada anak dan hanya tinggal seorang diri.

Paling menyentuh perasaan, apabila wanita itu mengatakan bahawa dia dah berapa hari tak makan nasi dan hanya makan biskut kering saja.

Selain itu, dia turut bertanya kepada Hanif jika boleh bagi RM 5 untuk dia beli beras, namun Hanif keberatan dan dia berjanji untuk berikan beras kepada nenek tersebut. Hanif juga ada bertanyakan jika wanita itu ada benda lain dimahukan, tapi dia menolak sebab tak larat nak dibawa balik.

@hanifasyraf1

Jauh2 mek ni datang demi mencari sesuap nasi ? Allahuakbar , Kau berikanlah kesihatan yg sempurna untk mek ni #sedekah

♬ bunyi asal – Hanif Asyraf – Hanif Asyraf

 

Belikan beras… nenek bagi barang jualan

Tanpa berlengah Hanif terus membeli beras seperti diminta, di samping dia turut membelikan makanan untuk nenek itu.

Oleh sebab berasa terima kasih dengan tindakan pemuda itu, wanita berkenaan berikan asam keping jualannya kepada Hanif.

@hanifasyraf1

Ok part 2 ? nnti saya cari balik makcik ni #sedekah #indonesia #thailand

♬ bunyi asal – Hanif Asyraf – Hanif Asyraf

 

“Menggigil dia.. lapar tuu”

Meninjau ke ruangan komen, perkongsian Hanif nyata menyentuh hati para netizen yang melihat. Ada yang menyedari tangan wanita itu menggigil berkemungkinan sebab kelaparan, serta ramai yang berasa kasihan dengan nasibnya dan mendoakan supaya rezekinya dipermudahkan.

Reak Nenek 4 Edit Reak Nenek 1 Edit Reak Nenek 2 Edit Reak Nenek 3 Edit

Sedih tengok nasib warga emas macam ni. Kalau kita ada rezeki lebih, sedekahkanlah sikit untuk mereka yang nasib sebegini. InshaAllah kita tak akan rugi.

 

Baca : “Anggap la ni sedekah” –  [VIDEO] Lelaki Haus Minta Air Dekat Warga Emas Tapi Tak Ada Duit Nak Bayar, Rupanya Ada Plot Twist

Foot Nenek

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.