in

[VIDEO] Sanggup Turun Kereta Sebab Nak Tangkap Gambar Dengan Beruang Liar, Sekali Kena ‘Sergah’ Lari Ketakutan

Beruang Liar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menempah maut. Pepatah yang paling sesuai dengan situasi yang dialami seorang pelancong di Romania baru-baru ini. Menurut Daily Star, pelancong wanita itu sanggup keluar dari kereta di jalan raya hanya semata-mata untuk bergambar dengan seekor beruang liar.


Klip video ketika kejadian yang dirakamkan pengguna jalan raya menjadi viral di internet dan wanita tersebut dilihat memberanikan diri berada dekat dengan beruang liar tersebut.

Beruang

Beruang1

Menerusi rakaman itu, dia dilihat berdiri hanya beberapa meter dari beruang terbabit dan meminta rakannya untuk mengambil gambar. Ketika cuba mendekati beruang tersebut, haiwan itu memberi reaksi seperti mahu menerkam menyebabkan wanita berkenaan terkejut dan berlari ketakutan.

Video yang dimuat naik di TikTok oleh Alessandro Bacaoanu itu dilaporkan telah dipadam namun ramai pihak sempat menyimpan dan muat naik semula di internet.

Boleh nampak tak betapa bodohnya dia? Masuk dalam kereta. Sanggup bahayakan nyawa hanya untuk bergambar dengan seekor beruang?”

B 1

B8

Netizen yang menonton video itu rata-ratanya mengkritik tindakan pelancong wanita terbabit kerana mengganggu beruang liar tersebut hanya untuk mendapatkan gambar yang menarik.

Tidak dijelaskan lokasi sebenar kejadian itu berlaku namun pihak berkuasa Romania sebelum ini dikatakan telah berulang kali memberi amaran kepada pemandu agar tidak mengacau beruang di tepi jalan. Mana tidaknya, memang di sana habitat beruang itu dan normal jika ternampak beruang berehat atau bersiar-siar di tepi jalan.

Tonton video di bawah:

Baca: “Anak tak anak sekali dia ngap”-Dakwa Ada Ikatan Batin Dengan Haiwan, Pak Cik Ini Ambil Buaya Jadi Anak Angkat

Crocs 3

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.