in

“Anak tak anak sekali dia ngap”-Dakwa Ada Ikatan Batin Dengan Haiwan, Pak Cik Ini Ambil Buaya Jadi Anak Angkat

Crocs 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu jugak kita dengar kisah orang yang pelihara buaya kan. Tabik betul dekat mereka yang berani dengan buaya ni, dah macam Steve Irwin dah.


Namun, kali ini admin nak kongsikan kisah menarik tentang seorang pak cik yang ambil keputusan untuk mengambil seekor buaya betina untuk dijadikan anak angkatnya, lapor Tribunnews.

Crocs 1

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Pak Ambo juga telah menamakan buaya tersebut sebagai Riska. Bukan biasa-biasa ni, siap ada nama lagi. 

Difahamkan, buaya tersebut ‘datang’ setiap hari ke Muara Sungai Guntung, Bontang, Kalimantan Timur yang berdekatan dengan rumah Pak Ambo.

Buaya tu pun boleh dikatakan agak besar jugak sebab ia bersaiz sepanjang hampir empat meter. Pak Ambo mengatakan bahawa dia pada mulanya menjumpai ‘Riska’ pada 23 tahun lalu yang pada ketika itu hanya bersaiz sepanjang satu meter. Dah lama rupanya dorang ni berkenalan. 

Pada ketika itu, Pak Ambo yang berusia 56 tahun ini tak ambil port sangat pun dengan buaya tu namun rupanya ia macam ikut perahunya pulang ke rumah. Dia terkejut jugak lah bila tengok ada buaya berhampiran perahunya lepas tu.

Crocs 2

Jadi, Pak Ambo pun bagi buaya tu makan sampai lah ke hari ini. Selain itu, kalau buaya tu hilang, beberapa hari lepas tu ia akan datang balik ke muara sungai tu.

Takpe lah, memandangkan admin ni penakut, admin bela kucing je lah. 

Baca: [VIDEO] Seram! Penduduk Jumpa Wanita Dalam Perut ‘Buaya’ Dipercayai Dibaham Ketika Memancing

Crocs

Sumber: Tribunnews
Sumber: Tribunnews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.