in

[VIDEO] Ramai ‘Salute’ Wartawan Ni Tetap Tenang Buat Laporan Walaupun ‘Kena Himpit’ Dengan Reporter Lain

Page Reporter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi menjayakan tugas sebagai wartawan, boleh dikatakan ramai yang terpaksa merisikokan diri sendiri demi perincian sesuatu yang berlaku untuk disampaikan kepada orang awam supaya tidak terlepas pandang setiap maklumat penting.



Semalam, telah berlangsungnya perbicaraan mengenai kes bunuh CEO Cradle Fund iaitu Nazrin Hassan dan Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan untuk membebaskan isteri mangsa iaitu Samirah Muzaffar atas pertuduhan membunuh suaminya.

Ekoran itu juga, ramai wartawan dari pelbagai rangkaian media turut hadir di mahkamah tersebut untuk mendapatkan berita lanjut beserta keterangan jelas dari pihak peguam yang terlibat dalam perbicaraan itu.

Ceo 1

“Dia steady beb baca berita dalam sesak gitu”

Namun, pada hari yang sama turut tular klip video yang dikongsikan di TikTok menerusi akaun @ukasyahzainal apabila seorang wartawan TV3 dilihatkan kekal komited melakukan tugasnya sebagai wartawan walaupun berlaku sesuatu kepada dirinya…

@ukasyahzainal

#tv3malaysia #buletinpagi #fypシ

♬ original sound – Kasyah 🔘 – Kasyah 🔘

Dari video itu, wartawan lelaki tersebut telah dihimpit oleh sekumpulan wartawan lain semasa bersiaran secara langsung dari Mahkamah Tinggi Shah Alam. Kejadian itu berlaku selepas dipercayai mereka cuba mengikuti peguam kes bunuh itu.

“Ini baru betul wartawan yang kita nak”

Walaupun dirinya dihimpit oleh wartawan lain sehingga ‘hilang’ buat seketika dari kamera namun dia tetap meneruskan laporan yang turut menyatakan keadaan terkini yang sesak akibat ramai wartawan.

Tindakan wartawan itu mendapat pujian orang ramai kerana tidak cepat melatah dengan keadaan yang melanda dirinya malah tetap profesional dalam menyampaikan berita tentang update semasa mengenai kes tersebut.

Komen Full 6

Bukan korang je yang amazed, min pun sama tau! Apa-apa pun, cameraman memang selalu selamat eh? Hihihi…

Baca: [VIDEO] Kes Bunuh CEO Cradle Fund: Peguam & Wartawan Bergelut Luar Mahkamah

Untitled 1 16

Sumber: The Star
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.