in

[VIDEO] Polis ‘Balun’ Pesalah Trafik, Netizen Tak Puas Hati Anggota Hanya Ditukar ‘Department’

kena belasah dengan polis

Mengejutkan! Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan beberapa anggota polis trafik dilihat sedang mengasari pesalah jalan raya ketika Sekatan Jalan Raya (SJR) Ops Selamat 18 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Menerusi video yang dikongsikan Twitter, dapat dilihat seorang anggota polis sedang membelasah mangsa di tepi jalan sambil disaksikan anggota lain dan pengguna jalan raya.

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1523646041178144768

 

Anggota termasuk pegawai ditukar bahagian

Pun begitu, menurut Berita Harian, 6 anggota termasuk pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah ditukar serta-merta selepas didakwa mengasari pesalah trafik.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya kini sedang mengesan mangsa yang terlibat dalam insiden itu untuk bantu siasatan.

1698919

Dalam pada itu, satu laporan polis juga telah dibuat oleh pihaknya sendiri bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu yang berlaku sekitar jam 1.15 pagi.

Insiden itu dirakam menerusi kamera papan pemuka seorang pengguna jalan raya sebelum ia dimuat naik akaun Facebook ‘My Penang Hometown’.

“Polis sedang mengesan mangsa yang terbabit untuk tampil membuat laporan polis berkaitan insiden itu.

“Kita juga akan mengenal pasti serta mendapatkan keterangan daripada pemilik akaun Facebook berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Mangsa lelaki itu juga katanya ditahan dalam Op Mabuk yang dijalankan menerusi Ops Selamat 18 di kawasan Bukit Mertajam.

 

“Tu bukan mengasari dah, tu membelasahi” 

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan berasa tidak puas hati dengan tindakan yang diambil polis dalam menukar anggota yang terlibat ke bahagian lain.

Ramai yang meminta supaya satu tindakan tegas diambil terhadap anggota yang terlibat dalam mengasari pesalah trafik tersebut.

belasah

Apa-apapun kita serahkanlah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat mengenai hal ini. Risau tengok kena belasah teruk macam tu. 

Baca: “Saya takde memalukan polis” – Pegawai Wanita Buat ‘Live’ Ketika Serbuan Didakwa Beri Penjelasan?

halal

Sumber: Twitter