Korang semua mesti tahu kan, baru-baru ini seorang pegawai polis wanita telah dikecam teruk oleh netizen selepas dia membuat TikTok live ketika melakukan serbuan di pusat hiburan.
Live tersebut dikatakan telah mendapat tontonan lebih dari 1.2K orang bagaimanapun video yang sempat dirakamkan itu telah tular dan membuatkan ramai netizen mempersoalkan etika pekerjaannya sebagai seorang pegawai polis. Lagi-lagi masa tengah membuat tugasan.
Ekoran ini, pegawai polis dari Jabatan Narkotik Bukit Aman dikatakan telah memberikan responnya terhadap kecaman orang ramai.
Penjelasan tersebut dimuat naik oleh Facebook Kaki Viral Terkini yang telah kongsikan perbualan didakwa dari Telegram di mana pegawai wanita ini telah mengambil masa untuk menjawab beberapa persoalan netizen.
https://www.facebook.com/MusimViralKini/photos/a.107676165111831/143529644859816/
Dalam penjelasan tersebut, wanita ini menegaskan yang dia tak bersalah serta turut membuat perbandingan rancangan TV seperti 999 yang turut menunjukkan klip serbuan polis yang dibuat.
Saya tak bersalah. Kenapa TV3 999 boleh live masuk tv siaran langsung 1 dunia melihat sewaktu membuat serbuan dan lain-lain.”
Tambahnya lagi, ketika live itu juga, dia tidak menyebut apa-apa yang boleh memalukan nama Polis Diraja Malaysia.
Semasa live TikTok itu juga, saya tidak memalukan polis atau mengeluarkan kata-kata yang memalukan polis. Tiada.”
Tak cukup dengan itu, wanita ini didakwa turut menyamakan tindakannya seperti Pengarah yang membuat sidang media menunjukkan barang bukti dadah dan lain-lain.
Mengapa pihak JIPs tak mahu ambil tindakan? Undang-undang hanya terpakai untuk bawahan sahaja?”
Seterusnya wanita ini menjelaskan tujuan dia membuat live tersebut adalah untuk mempromosikan perniagaan kecil-kecilannya dan mahu mencari rezeki yang lebih untuk anak-anaknya.
Baca: “Kalau berpaku mmg boleh live eh?” – [VIDEO] Netizen Pertikai Anggota Polis ‘Live’ Ketika Operasi?

