Gempar baru-baru ini selepas selebriti terkenal Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie ditangkap oleh pihak polis di kediaman mereka di daerah Pondok Pinang, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan atas kesalahan mengambil dadah jenis syabu.
Pasangan itu ditahan bersama pemandu peribadi mereka dikenali sebagai ZN pada jam 3 petang, Khamis lalu dan dadah seberat 0.78 gram turut dirampas pihak polis. Ketiga-tiga mereka dilaporkan dihantar menjalani tahanan di sebuah pusat pemulihan dadah semalam, lapor Kosmo!.
Perkara itu dimaklumkan perguam mereka, Wa Ode Nur Zainab dalam satu kenyataan media. Menurutnya, Nia, Ardi dan ZN bersetuju menerima cadangan daripada Badan Narkotika Nasional (BNN) untuk melalui proses pemulihan.
Mungkin hari ini akan dihantar ke pusat pemulihan.”
Bagaimanapun, lokasi penempatan mereka tida dinyatakan dan Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Hengki Haryadi memberitahu bahawa, Nia dan Ardi telah ditahan di bawah Akta 127 Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2009 Bahagian Narkotik yang dikategorikan sebagai pengguna dadah.
Mengikut undang-undang itu, mereka wajib menjalankan proses pemulihan di lokasi yang ditentukan oleh BNN. Hengki turut berkata tiada unsur pilih kasih dalam mengendalikan kes terbabit seperti didakwa orang ramai.
Saya mahu menjelaskan, dakwaan mengatakan perkara ini tidak diproses mengikut Akta 127 adalah tidak benar. Setiap pengguna dadah perlu menjalani pemulihan. Ini adalah kewajipan undang-undang.”
Pemulihan tidak ditentukan oleh polis. Jika ada permintaan keluarga, kami akan memudahkannya. Proses tersebut akan dilaksanakan oleh pasukan penilaian bersepadu membabitkan BNN, pendakwa raya, doktor, psikiatri dan penyiasat di luar Jakarta Pusat.”
https://www.instagram.com/p/CPvHcdMF2tW/
“Respect kerana berani mengakui kesilapan sendiri.”
Sementara itu, video permohonan maaf Nia Ramadhani viral dan mendapat perhatian di media sosial di mana rata-rata netizen Indonesia dan juga Malaysia memujinya kerana mengaku kesilapan sendiri mengambil dadah tersebut.
Melalui video itu, Nia dilihat menangis teresak-esak ketika menyampaikan permohonan maafnya itu sambil cuba ditenangkan suami.
Mohon izinkan saya, dengan segala kerendahan hati untuk mengucapkan permintaan maaf yang sebesar-besarnya kepada seluruh pihak yang terkait. Khususnya kepada keluarga besar saya, sahabat, teman-teman, orang-orang yang mengasihi saya, rakan kerja dan seluruh pihak yang sudah menaruh kepercayaan kepada saya.”
Saya, Nia Ramadhani Bakrie mengakui bahawa yang saya lakukan tidak menjadi sebuah contoh yang terpuji.”
https://www.tiktok.com/@kakcomelllll/video/6983262404943695130
https://www.tiktok.com/@kakcomelllll/video/6983263327023598875
Pasangan yang mempunyai 3 cahaya mata itu turut mengakui menyesal dengan perbuatan mereka terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Nia dan Ardi turut meminta agar masyarakat tidak meniru perbuatan tersebut dan berharap mereka dapat dimaafkan.