in

[VIDEO] Penunggang Basikal ‘Paksa’ Bagi Laluan, Siap Marah Pemandu Kereta

Ft Rider Basikal Biadap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang hangat diperkatakan mengenai kemalangan lumba haram di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini, timbul lagi satu isu lain.

Kali ini, ia melibatkan penunggang basikal yang membuat ‘konvoi’ di atas jalan sehingga membahayakan diri, malah ada antaranya sampai ‘buat perangai’ di atas jalan.


 

Dah bagi signal

Biarpun lokasi dan waktu kejadian masih belum dikenalpasti, video perkongsian di Twitter ini telah mengundang kemarahan netizen.

Rakaman menerusi dashcam ini menunjukkan kejadian ini berlaku pada hujung minggu lalu (Sabtu 16/7/2022) kira-kira jam 11.34 pagi.

Dilihat sekumpulan penunggang basikal sepeti sedang ‘berkonvoi’ dan kawasan itu dilihat agak sibuk dan penuh dengan kenderaan lain yang parking di situ.

Dalam rakaman itu, penunggang basikal berkerumun memotong kereta perakam dan ada yang angkat tangan memberikan petunjuk seperti memarahi pemandu ini.

https://twitter.com/liyanaliyana/status/1548641160364949504?s=20&t=ot3W-sVFHC9xPjrRR_Kc5A

Malah, siap ada yang ketuk pintu keretanya, dikatakan pemandu tersebut sudah pun memberikan isyarat untuk belok ke kiri tetapi diendahkan.

Menerusi sumber asal di Facebook MERU KLANG OFFICIAL RESIDENTS, kejadian ini berlaku di simpang Jalan Kenangan dan Jalan Paip, Meru Klang.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mengecam tindakan mereka dan anggap mereka adalah punca penunggang basikal lain terkesan.

Rider Basikal Biadap Rider Basikal Biadap 2 Rider Basikal Biadap 3

Dalam pada itu, ramai juga netizen meminta pihak-pihak berkuasa yang terlibat untuk segera ambil tindakan.

Baca : Penunggang Basikal Maut Dirempuh Kereta Di Lebuh Raya ‘Viral’ Temiang-Pantai

Untitled Design 2022 06 02T133750.957

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.