in

[Video] – Cyclist Tak Gentar ‘Cucuk Angin’, Selamba Kayuh Basikal Belakang Lori Buat Netizen Seriau

Ft Basikal Final 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular baru-baru ni dengan pelbagai kisah yang kurang enak didengar mengenai sikap sesetengah pengguna basikal yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. Bukan itu sahaja, mereka malah menjadikan jalan raya sebagai port berbasikal sehingga membahayakan bukan setakat nyawa mereka sendiri, malah pengguna jalan raya yang lain.


Walaupun baru-baru ini negara digemparkan dengan berita kemalangan maut yang melibatkan seorang penunggang basikal wanita yang dirempuh sebuah lori, namun masih terdapat segelintir penunggang basikal yang masih dilihat ‘selamba’ seolah-olah tidak terkesan dengan kejadian yang berlaku.

 

‘Cucuk angin’ belakang lori

Seperti sebuah video yang dikongsikan menerusi Twitter @Alan Al Padat, seorang penunggang basikal dilihat tidak ‘gentar’ untuk mengayuh basikalnya di tengah-tengah jalan raya. Malah apa yang lebih mengejutkan, lelaki itu kelihatan berani pula untuk ‘cucuk angin’ dengan mengayuh basikalnya secara rapat di bahagian tayar kiri belakang sebuah lori.

Basikal 1

Basikal 2

Min naik motor lori lalu sebelah pun dah rasa macam nak ‘tertarik’. 

Video pendek yang memaparkan aksi ‘mautnya’ itu sememangnya berjaya membuat netizen ‘seriau’ dan bimbang sekiranya berlaku kemalangan yang tidak dijangka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan sikap lelaki itu yang seakan-akan tidak takut dengan bahaya yang mendatang. Malah, ada juga netizen yang berpendapat bahawa lelaki itu mementingkan dirinya sendiri dan bakal menyusahkan pengguna jalan raya yang lain sekiranya berlaku kemalangan.

 

“Sekali lori tu brek…” – Netizen

Twit Komen 0

Twit Komen 1 1

Twit Komen 2 1

Ambil lah iktibar wahai penunggang basikal yang lain. Kesihatan jaga jugak, tapi peraturan jalan raya janganlah diabaikan. Jadilah penunggang basikal yang bijak. 

Baca: “Moga jadi pengajaran” – Penunggang Basikal Maut, Netizen Kongsi Pengalaman Berdepan Geng ‘Cyclist’

Baca Basikal 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.