Lebih kurang nak dekat sebulan yang lalu, acara sukan paling berprestij di dunia iaitu Sukan Olimpik Tokyo 2020 melabuhkan tirainya dengan kontinjen Amerika Syarikat menjadi juara keseluruhan dengan memperoleh sebanyak 118 kutipan pingat.
Bukan itu saja, dalam edisi Sukan Olimpik kali ini juga menunjukkan pelbagai rekod baru dicatatkan dalam beberapa jenis sukan seperti olahraga, memanah, renang, basikal trek dan pelbagai lagi.
Atlet ada cara lain nak show off pingat
Bagi setiap orang atlet yang layak ke acara sukan terbesar di dunia ini, mereka mesti berniat untuk memenangi pingat emas dalam acara masing-masing. Dalam banyak-banyak atlet yang menang pingat emas tersebut, cara atlet basikal trek dari Kanada ni memang betul win.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh akaun sukan Kanada @TSN, menunjukkan gelagat seorang atletnya Kelsey Mitchell yang ketika itu melalui ruangan pengimbas logam sewaktu membuat pemeriksaan semasa berada di sana.
Selepas sensor alat pengesan tersebut berbunyi, dia terus berhenti dan didatangi oleh seorang petugas keselamatan. Namun bila dihampiri, rupanya punca penggera tersebut berbunyi adalah disebabkan oleh pingat emas yang disorok dalam bajunya.
Kemudian, semua petugas yang berada di sana terus berdiri dan memberi tepukan gemuruh kepada wanita tersebut.
@tsn Olympians, they’re just like us 😅🥇 (🎥: IG/kelsey.mitchell9) #fyp
“Menunjuk jenis next level”
Di ruangan komen posting berkenaan, nyata rata-rata warganet terhibur dengan gelagat ditunjukkan oleh Kelsey. Di samping itu juga, ramai yang memuji tindakan petugas-petugas yang memberi tepukan untuknya dan menyifatkan momen itu sebagai sangat manis.
Kelsey memenangi pingat emas dalam acara pecut basikal trek wanita, di mana dia telah menewaskan lawan daripada Ukraine, Olena Starikova.
Mana tahu untuk edisi akan datang, atlet negara kita akan tunjuk pingat emas dimenangi dengan cara baru?
Sumber : TikTok, Olympic Tokyo 2020