in

“Saya tak cemerlang akademik” – Netizen Titip Kata Semangat Pada Atlet Ragbi Kedah Lepas Menang Emas Sukma

2Ragbi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sukan Malaysia atau SUKMA adalah acara dwi-tahunan yang diadakan di antara negeri-negeri seluruh Malaysia. Banyak bakat muda yang tampil mewakili negeri masing-masing dan memberikan yang terbaik untuk merangkul pingat emas.


Tidak terkecuali atlet ragbi Kedah, Aisyahtulfitriah Abdul Mohd. Hasbi yang diangkat sebagai wira pasukan sekaligus membantu pasukan negerinya meraih pingat emas.

Ikuti temubual dengan atlet ragbi Kedah dalam video yang dimuatnaik di akaun Twitter @MalaysiaRugby di bawah.

“Saya tak cemerlang akademik”

Sebak mendengar luahan hatinya yang mahu membanggakan kedua ibu bapanya, ramai warganet tampil menitipkan kata-kata semangat untuk atlet kebanggaan negeri Kedah ini.

Screenshot 2022 09 25 At 12.17.41 Pm

Min sangat setuju dengan kata-kata netizen ni. Tak semua orang pandai semua bidang, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Raikan kelebihan yang ada pada diri.

Screenshot 2022 09 25 At 12.17.59 Pm

Betul, dengan sukan pun kita boleh berjaya. Yang penting tetap terus semangat dengan apa yang kita buat.

Screenshot 2022 09 25 At 12.18.11 Pm

Adik dah berjaya bawa pulang emas. Tak semua orang boleh buat macam tu. Tahniah dik!

Screenshot 2022 09 25 At 12.18.44 Pm

Percaya pada diri sendiri itu yang lebih utama. Parents mesti bangga dengan pencapaian kita tak kira bidang apa sekalipun.

Screenshot 2022 09 25 At 12.19.09 Pm

Semoga dengan kemenangan ini dapat menyemarakkan lagi semangat dan bakat-bakat ragbi wanita di Malaysia. Tahniah sekali lagi Aisyah!

Baca: “Macam wrestling dah” – [VIDEO] Perlawanan Bola Sepak Separuh Akhir SUKMA Bertukar Tegang Sebab Pengadil?

Screenshot 2022 09 25 At 12.23.24 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.