in

[VIDEO] Pengantin Lelaki Terpaksa Lafaz Akad Ketika Baring, Netizen Puji Majlis Pasangan Ini ‘Rare’!

ft kahwin baring

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok memaparkan sebuah majlis nikah telah mendapat perhatian warganet, ianya tular kerana keadaan pengantin lelaki yang sedang berbaring sambil melafazkan akad

Difahamkan, ia kerana dia mengalami kecederaan sehingga patah tulang pinggul akibat kemalangan jalan raya.


Walaupun berdepan dengan ujian itu, pasangan pengantin tersebut telah selamat bernikah di Kedah pada Ahad lalu.

Tukar tempat majlis sebab nak senangkan suami

@afeefzakaria

Witnessed a true love today

♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan

Menurut pengantin perempuan yang dikenali sebagai Cik Lala, kejadian itu berlaku ketika suaminya dalam perjalanan dari kampung di Kedah ke Kuala Lumpur pada awal bulan lalu.

Jelas Cik Lala, suaminya telah memasang antena (pin penyokong) pada badan dia dan itu lah yang membuatkan pergerakannya terbatas serta tidak boleh duduk ataupun berdiri.

Bercakap mengenai majlis mereka, sepatutnya mereka bernikah pada 4 Mac depan di tempat keluarganya di Perak, namun lokasi majlis terpaksa ditukar ke kediaman keluarga suaminya di Kedah.

Screenshot 2023 02 28 142134

Walaupun terpaksa menghadapi ujian yang besar, Cik Lala bersyukur kerana telah selamat diijab kabulkan bersama jejaka yang dikenalinya selama lima bulan dengan sekali lafaz.

Dalam pada itu, dia berharap kisah pernikahannya ini dapat menjadi pengajaran kepada orang ramai terutamanya kepada pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat.

Pada masa artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 2.8 juta jumlah tontonan dan meraih lebih 200 ribu likes dalam masa sehari di TikTok.

“Satu dalam sejuta ada perempuan macam ni” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan tindakan pengantin perempuan yang sanggup berkorban demi kelancaran majlis itu. Ada juga netizen yang menyifatkan majlis akad ini antara majlis yang paling rare mereka pernah jumpa.

Screenshot 2023 02 28 141659

Sumber : TikTok, mStar

Betulah orang kata ujian kehidupan kan.. Apapun tahniah buat Cik Lala dan suami!

Baca : “Wow rare!” – [VIDEO] Lafaz Nikah Bahasa Jepun & Mas Kahwin Duit Yen Raih Perhatian Netizen

ft lafaz nikah jepun 728x383 1

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.