in

[Video] Penat Dikhianati! Gadis Simbah Muka BF Dengan Coke Masa Tengah ‘Dating’ Dengan Perempuan Lain

Ft Simbah Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang tidak ‘naik darah’ apabila teman lelaki yang disangkakan ikhlas menjalinkan hubungan cinta dengan kita rupa-rupanya seorang ‘buaya darat’ yang bukan setakat ‘memasang’ hanya satu, malah turut mempunyai beberapa skandal lain pula di belakang kita.


Begitulah hakikat pahit yang terpaksa ‘ditelan’ oleh seorang gadis dari Indonesia ini apabila teman lelakinya ‘kantoi’ sedang berdating dengan wanita lain tanpa pengetahuannya.

Kekecewaannya itu berjaya dirakam oleh rakannya yang turut berada di lokasi kejadian dan klip video itu kemudiannya dimuat naik di akaun TikTok sehingga berjaya tular dalam kalangan netizen yang rata-ratanya berpuas hati dan kagum dengan ‘semangat’ gadis itu untuk berhadapan dengan teman lelakinya itu.

Feat Teman

 

Cuba dekati & mengurat si gadis, rupa-rupanya…

Difahamkan, lelaki tersebut pada awalnya telah cuba untuk mendekati si gadis dan cuba untuk menawan hatinya. Setelah terpedaya dengan ‘umpan’ kasih sayang yang diberikan, ternyata lelaki tersebut sudah pun mempunyai teman wanita yang lain.

Malah, apa yang lebih menyakitkan hati, teman lelakinya itu bukan sahaja cuba ‘mendekati’ dia seorang, malah si ‘kasanova’ itu juga terkantoi telah mendekati dua orang gadis lain lagi.

 

Bersemuka dengan boyfriend, simbah air coke tepat ke muka

Simbah Bincang

Berang setelah melihat kecurangan teman lelakinya di hadapan mata sendiri, gadis tersebut terus keluar dari kereta untuk berhadapan dengan mereka berdua. Berlaku beberapa soal jawab antara mereka bertiga sehinggalah si gadis yang tidak tahan dengan ‘alasan’ yang diberikan akhirnya bertindak menyimbah air coke yang dipegangnya di dalam cawan tepat ke muka teman lelakinya sambil diperhatikan oleh ‘awek’ barunya.

Simbah

Wah, dah macam dalam drama, heroin simbah air ke muka ex. 

Klip video tersebut berjaya meraih perhatian netizen sehingga ditonton lebih 1 juta kali! Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa puas hati melihat ‘drama’ tersebut. Bukan itu sahaja, mereka turut menyokong tindakan si gadis untuk menyimbah air ke muka teman lelakinya dan dia layak untuk mendapat kekasih baru yang lebih tahu untuk menghargai dirinya.

@urfuturewf

tonton sampe ahir. boys take notes. #fyp

♬ original sound – brigita meliala – brigita meliala

 

Satisfying sangat lepas siram” – Netizen

Tik 1

Tik 2

Hmm, min yakin mesti teman lelaki dia terus single sekarang ni. “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong jatuh berciciran pula”.

Baca: “Kamu sudah selingkuhin aku, Aku mau PUTUS” – Girlfriend Curang, Boyfriend Guna Cara ‘Savage’ Minta Putus Baca Curang

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.