in

[VIDEO] Pekerja Bangladesh Makan Nasi Dengan Garam Je, Berjaya Kumpul RM800K!

Bangla Simpanan Rm800K

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan perkembangan negara yang pesat, tidak dinafikan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai yang sanggup menahan lapar semata-mata demi menyimpan duit untuk menampung keperluan keluarga.


Lagi-lagi kalau individu itu adalah seorang anak perantauan, mesti susah baginya untuk menabung dan menggunakan duit untuk keperluan harian.

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang pekerja dari Bangladesh yang hanya menjamu selera berlaukkan bawang, cili dan garam sahaja.

https://www.tiktok.com/@pokchek906/video/7171288416720653594?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Dapat dilihat melalui video tersebut, seorang pekerja lelaki dari Bangladesh sedang menjamu selera secara bersederhana tanpa apa-apa lauk lain demi berjimat-cermat untuk membolehkan dirinya menyimpan wang buat keluarga.

Menurut pemilik akaun tersebut, lelaki tersebut telah menyimpan wang sebanyak RM800,000 sepanjang 19 tahun bekerja di Malaysia.

Bukan itu sahaja, dia juga sudah berjaya membeli sebuah rumah dan memiliki tanah sendiri di negara asalnya.

Belanja bulanan RM300 je?!

Selain itu, dia juga memberitahu, menerima pendapatan bulanan sebanyak RM5,500 setiap bulan dan hanya mengambil RM300 sahaja untuk keperluan diri seperti makan dan komitmen lain setiap bulan. Manakala baki sebanyak RM5,200 di hantar kembali ke Bangladesh.

https://www.tiktok.com/@pokchek906/video/7171732833684245787?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ramai warganet yang berpendapat mereka yang bekerja di Malaysia ini mampu mengumpul wang sebanyak itu atas sebab beberapa faedah yang diberikan oleh majikan seperti menyediakan tempat tinggal, selain tidak mempunyai komitmen lain di negara ini.

Apa komen warganet?

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan meluahkan rasa kagum terhadap sikap lelaki-lelaki tersebut yang sanggup mengikat perut demi menyimpan duit untuk keluarga mereka walaupun terpaksa berkorban.

Screenshot 2022 12 01 173723

Screenshot 2022 12 01 173802

Screenshot 2022 12 01 173847

Wahh memang betul power cara dorang menjimat eh..

Baca : Gara-gara Cuba ‘Bayar’ Sarjan Polis RM50, Lelaki Bangladesh Kena Denda RM3,000

Rasuah Rm50 Bangladesh 758X399 1

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.