in

Gara-gara Cuba ‘Bayar’ Sarjan Polis RM50, Lelaki Bangladesh Kena Denda RM3,000

Rasuah Rm50 Bangladesh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.



‘Suapan’ juga terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah dan diskaun.

Hari ini, seorang lelaki warganegara Bangladesh ditahan apabila dia dikatakan telah mencuba memberi bayaran RM 50 kepada seroang polis berpangkat sarjan.

Pexels Karolina Grabowska 4968548
Gambar hiasan

Tertuduh, Khan Obaydul yang merupakan seorang pekerja ladang telah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Hakim Ahmad Kamar Jamaludin.

Menurut laporan Astro AWANI, ianya sebagai balasan kerana melepaskannya daripada diambil tindakan undang-undang kerana tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal.

Lelaki berkenaan didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Jalan Kampung Muhibbah, Ayer Tawar, Manjung, kira-kira jam 2 petang, 11 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 10 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara sebulan jika tertuduh gagal nembayar denda dan wang rasuah berjumlah RM50 juga adalah dilucut hakkan di bawah seksyen 40(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 kepada kerajaan Malaysia.

Pun begitu, tertuduh telah pun membayar denda tersebut.

Baca: Bekas Menteri Kehakiman China Dihukum Penjara Seumur Hidup Kerana Terima Rasuah Lebih RM 75 Juta

1Menteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.