in

[VIDEO] Niat Nak Curi Dengar Meeting Bos, Staf Tak Sedar Semua Nampak Aksi Dia Tengah ‘Mengendap’

Feat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa  dekat sini yang suka mengendap orang sebab nak jadi yang pertama yang tahu gosip panas? Lepas ni kena hati-hati lah kalau tak nak kantoi curi-curi dengar orang bual, lagi-lagi kalau waktu meeting.


Biasanya waktu meetinglah kita nak bincang perkara-perkara penting yang menjadi isu dalam sesebuah organisasi. Tapi susahlah juga kalau dah jadi macam ni!

 

Kantoi curi dengar!

Bayangkan korang tengah fokus nak meeting, tiba-tiba ada pula kelibat yang lalu lalang depan meeting room mesti rasa terganggu kan?

Tapi lain pula ceritanya dengan syarikat ni.

Bos tengah ready nak meeting ramai-ramai sekali ada pula staff kantoi ‘tadah’ telinga nak dengar perbualan masa meeting tu.

Yang jadi terganggunya ialah apabila staff tu letak telinga betul-betul dekat dengan cermin pintu bilik tu. Mungkin kononnya nak dengar dengan lebih jelaslah perbualan tu.

Tapi apa yang pekerjanya tak sedar ialah, bayangan tubuhnya jelas kelihatan oleh orang-orang dalam meeting room tu, alahai…

@laobamizhixiaohanbao1

#funny #nice #foryou #comedy #tiktok

♬ オリジナル楽曲 – 老八密制小汉堡

Kejadian dipercayai berlaku di China ini bagaimanapun mengundang tawa bos-bos besar yang tidak dapat menahan geli hati mereka, ditambah pula dengan background audio video tu, memang terhibur lah.

Perkongsian @laobamizhixiaohanbao1 di akaun Tik Toknya itu mendapat sebanyak 86.5 ribu tanda suka kerana ramai yang terhibur dengan gelagat lelaki itu!

Lepas ni beringatlah ya, jangan sampai kantoi busuk!

Baca : [Video] “Mesti ceria dan suka TikTok” – Wanita Cari Calon Menantu Untuk Anak Perempuannya, Siap Letak Syarat!

Capture 13 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.