in

[Video] “Mesti ceria dan suka TikTok” – Wanita Cari Calon Menantu Untuk Anak Perempuannya, Siap Letak Syarat!

Ft Tiktok Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aplikasi TikTok sememangnya popular dalam kalangan anak muda zaman kini dimana hampir kebanyakannya mempunyai aplikasi TikTok termasuklah kanak-kanak umur 6 tahun tau!


Siapa masih takde TikTok, jangan risau kita geng!

Disebabkan aplikasi ini banyak digembar-gemburkan dengan cerita-cerita yang kurang enak dan  memberi keburukan kepada penggunanya.

Oleh itu tidak hairanlah ibu bapa melarang anak-anak mereka daripada terus terjebak dengan aplikasi TikTok ini.

 

Ibu ‘sporting’ suka bertiktok

Namun, bagaimana pula dengan ibu bapa yang terlampau ‘sporting’ sehinggakan TikTok ini menjadi syarat dalam mencari calon menantu?

Nah, begitulah kisah yang tular baru-baru ini di aplikasi TikTok apabila seorang wanita ini telah memuat naik sebuah klip video yang berjaya menarik perhatian netizen terutamanya buat si mat-mat Romeo yang sedang mencari calon isteri.

Klip video yang dimuat naik oleh @Yurike Gavriel di aplikasi TikToknya berkongsikan bahawa dia sedang mencari calon menantu buat puteri kesayangannya.

Video yang dimuat naik pada 22 November yang lepas memperlihatkan wanita itu yang sedang merakam gelagat anak perempuannya yang sedang ‘syok’ menari sambil ketawa.

Tiktok Menari

 

Syarat nak jadi calon menantu, mesti suka bertiktok

Wanita itu hanya tersenyum sambil melihat gelagat anaknya itu. Melalui caption yang turut disertakan di dalam video, syarat untuk menjadi menantunya juga adalah lain dari yang lain apabila lelaki yang ingin menjadi menantunya mestilah seorang yang ceria, suka berTikTok, rajin bekerja dan penyabar.

Tiktok Cari

Wah, ni cari bakal menantu ke bakal pekerja ni? 

 

Raih lebih 6 juta views

Klip video ini berjaya ditularkan dan meraih sebanyak lebih daripada 6 juta tontonan! Ada juga dari kalangan netizen yang menawarkan diri untuk menjadi menantunya.

@yurikegavriel

mertua gaul cari menantu check hehe @laviolaneta #papichulo #fyp #fypdongggggggg

♬ Papi Chulo Koplo Version – DRXML

Alahai ada yang nak try ke? Min syak anak dia dah ada boyfriend. Orang cantik jaranglah single. 

Baca: Followers Tiktok & Instagram Gadis Ini Naik, Bapa Terus Belikan Macbook Air Baru Baca Tiktok 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.