Bila sebut pasal artis antarabangsa ini sudah tentu ramai daripada kita yang sentiasa mengikuti perkembangan sehingga ada yang meletakkan mereka sebagai satu figura ataupun sumber inspirasi.
Tidak peliklah apabila baru-baru ini, ramai artis antarabangsa yang telah datang ke Malaysia dan mengadakan beberapa konsert demi memenuhi keinginan peminat untuk bertemu mereka secara langsung.
Tapi, korang pernah tak berdepan dengan situasi pelik semasa menonton artis pujaan korang di mana-mana konsert? Macam baru-baru ini, tular di media sosial seorang artis wanita antarabangsa yang dilihat menunjukkan reaksi menjengkelkan semasa melakukan konsert.
Mata Katy Perry dilihat seperti cicak semasa di konsert?
Sebuah video yang berdurasi 17 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan situasi pelik apabila penyanyi terkenal, Katy Perry yang dilihat matanya seperti cicak sewaktu dirinya membuat persembahan di sebuah konsert.
@katyperrytv KATYYYYY!#PLAY🍄
Menerusi video tersebut, Katy Perry yang berumur 38 tahun itu sedang berposing semasa acara penutupan konsert dan secara tiba-tiba matanya dilihat terkebil-kebil seakan di luar kawalannya. Situasi tersebut berlaku dalam beberapa saat dan dia dilihat juga agak struggle untuk kembali dalam keadaan yang biasa semula.
Netizen beri reaksi pelik, ada yang kaitkan dengan teori konspirasi?
Sebenarnya, perkara sebegini telah banyak berlaku kepada artis luar negara namun siap ada yang mengaitkan situasi tersebut sebagai teori konspirasi seperti illuminati dan sebagainya. Betul ke?
Ada juga beberapa netizen yang mengaitkan dengan vaksin COVID-19 sebagai penyebab utama perkara tersebut terjadi.
Namun, perkara tersebut ditentang oleh peminat-peminatnya yang mengatakan ia merupakan perkara biasa di mana mungkin gam di bulu mata palsunya tersangkut di bahagian bawah sehingga mengganggu fokusnya untuk membuat persembahan.
Walaubagaimanapun, perkara tersebut hanyalah teori semata-mata yang dikeluarkan dari netizen dan tiada sumber yang mampu membuktikan kebenaran. Korang rasa sebab apa?
Baca: Justin Bieber Bakal Batal Konsert Kerana Alami Sindrom Ramsay Hunt, Adakah Malaysia Turut Terlibat?