in

Justin Bieber Bakal Batal Konsert Kerana Alami Sindrom Ramsay Hunt, Adakah Malaysia Turut Terlibat?

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada bulan Mac lalu, kecoh apabila Justin Bieber mengumumkan konsert Jelajah Dunia yang akan diadakan pada bulan Oktober ini turut menyertakan Malaysia dalam senarai.


Difahamkan, tiket Justin Bieber di Malaysia habis terjual dalam tempoh 3 jam sahaja. Ekoran ini, ada individu yang menjual semula tiket konsert dengan harga yang berlipat kali ganda.

Foludjjuyaqemmw

Bagaimanapun, beberapa jam lalu Justin Bieber ada memuat naik satu video di Instagram berkenaan kondisi terkini penyanyi itu yang agak merisaukan.

Dalam hantaran tersebut, Justin Bieber mendedahkan dia telah diserang dengan sindrom Ramsay Hunt di mana sindrom ini mampu untuk melumpuhkan bahagian muka seperti bibir dan mata si pesakit. Dengan suara yang sedikit sebak, Justin menerangkan keadaan semasa dirinya dalam video tersebut.

Berikutan keadaan penyanyi ini yang kurang sihat, Justin Bieber telah mengesahkan bahawa beberapa siri konsert jelajahnya akan dibatalkan. Antara siri yang telah dibatalkan adalah persembahan di Toronto, Washington DC dan New York.

“Seperti yang anda lihat, mata ini tidak berkelip. Saya tidak boleh tersenyum di sisi muka saya ini, jadi terdapat kelumpuhan penuh di bahagian muka saya ini.”, jelas penyanyi berusia 28 tahun itu.

Keadaan terkini penyanyi ini ternyata mendapat perhatian para selebriti serta rakan beliau yang mengharapkan agar penyanyi ini kembali sembuh.

Semoga Justin Bieber bebas daripada sindrom ini dan kembali sihat seperti biasa.

BACA: Penceramah Dikecam Gara-gara Buat Perbandingan Konsert Justin Bieber Dengan Kelas Agama?

Capture 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.