[Video] “Nak gugur jantung” – Refleks Pantas Ibu Sempat Selamatkan Anak Dari Terjatuh Ke Tingkat Bawah Bangunan Pejabat
![[Video] “Nak gugur jantung” – Refleks Pantas Ibu Sempat Selamatkan Anak Dari Terjatuh Ke Tingkat Bawah Bangunan Pejabat](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/06/My-Post-2019-06-24T104712.119-768x403.png)
Jaga anak kecil bukannya senang, dorang ni tak tahu erti bahaya. Ibu bapa selalu cuba untuk pastikan anak-anak selamat, tapi ada kalanya kemalangan. Walau bagaimanapun, ibu bapa akan tetap bergadai nyawa untuk selamatkan anak dari kemalangan.
Baru-baru ini, 999 Malaysia telah kongsikan sebuah rakaman CCTV yang menunjukkan macam mana sibuk pun seorang ibu itu, anak tetap menjadi keutamaan mereka.
https://twitter.com/999Malaysia/status/1142098061436391424
Dalam video ni korang boleh nampak ibu dan anak keluar dari lif bersama seorang posmen. Ibu ini berhenti di depan pintu satu pejabat dan bercakap dengan seseorang di telefon. Walaupun boleh nampak ibu ni tak pegang tangan anaknya, tapi dari gerak badan boleh nampak yang ibu ni sedang memerhatikan anaknya yang berjalan ke penghadang di sebelah lif tersebut.
Tak sampai sesaat, budak tersebut hilang keseimbangan dan terjatuh melalui lubang penghadang tapi nasib baik ibunya bertindak pantas dan terus sambut kaki anaknya dengan satu tangan.
Posmen tu pula korang boleh tengok berlari turun tangga mungkin cuba untuk menangkap budak tersebut dari bawah sekiranya ibu tersebut terlepas anaknya.
Netizen rata-ratanya memuji tindakan ibu ini dan mempersoalkan design penghadang yang sangat tak selamat untuk kanak-kanak mahu pun dewasa.

Mujurlah tak ada apa-apa jadi dekat budak tu. Moga video ni jadi pengajaran untuk bangunan-bangunan pejabat atau pusat beli-belah memastikan keselamatan orang awam.
Baca: Kanak-kanak Jatuh Balkoni Sebab Nak Angkat Kain




