in

Kanak-kanak Jatuh Balkoni Sebab Nak Angkat Kain

Ohgod

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Angkat kain pun boleh bawa maut!


Menurut Berita Harian, seorang kanak-kanak lelaki dikhabarkan maut lepas terjatuh dari balkoni belakang rumahnya yang terletak di tingkat lima kuarters Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kat Subang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku pada jam 7 malam tu terjadi ketika mangsa berusaha untuk mengambil pakaian di ampaian. Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Badrul Amin Abdul Rahman tersebut baru berusia 11 tahun.

39245684 258680608108358 7008578129543299072 N
sumber: facebook

Ada yang mendakwa Amin pada asalnya duduk atas tembok bahagian belakang rumah dia sambil try nak ambil baju. Malang tak berbau, Amin dikatakan tiba-tiba telah terjatuh ke bawah.

“Berdasarkan keterangan saksi di lokasi kejadian, mangsa duduk di atas tembok belakang rumah sambil tangannya mencapai pakaian yang disidai di ampaian.”

“Bagaimanapun, dawai ampaian itu terputus dan menyebabkan mangsa terjatuh.”

Bapa mangsa kemudiannya terus membawa kanak-kanak tu ke Rumah Sakit Angkatan Tentera sebelum dirujuk ke Hospital Shah Alam pada pukul 8:50 malam.

1799915 356715751137553 1070919252 O
gambar hiasan

“Kanak-kanak itu menghadapi kecederaan serius di kepala dan ditempatkan di Zon Merah hospital berkenaan.”

“Doktor kemudian mengesahkan kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan dan sudah meninggal dunia.”

Pihak polis kini masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan insiden yang berlaku dan meneliti laporan polis diberikan oleh keluarga mangsa.

Walaupun kita rasa macam apa yang kita buat tu tak berbahaya, sentiasa berhati-hati sepanjang masa sebab ajal tak mengenal usia.

NOTA: Gambar atas kiri adalah sekadar hiasan.

Baca: Bayi Meninggal Tercekik Susu Kerana Bapa Leka Main Game Telefon Bimbit

Uihilh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.