in

[Video] “Macam sengaja je” – Proton Saga Dirakam Rempuh Wanita Mengandung Atas Motor Di Puchong

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Naik motor risiko dia memang lagi tinggi dari naik kenderaan lain, kalau jatuh motor pun dah luka apa lagi kalau kena langgar kan?


Pagi tadi, akaun Twitter 999 Malaysia telah memuatnaik satu video yang menunjukkan sebuah Proton Saga Iswara melanggar dua penunggang motosikal dan salah satu dari penunggang tersebut merupakan wanita mengandung.

Difahamkan, kejadian langgar lari ini berlaku malam semalam di susur Sekolah Cina Ayer Hitam Puchong. Macam yang korang boleh tengok dekat video atas ni, korang boleh nampak yang kereta Saga tu macam tengah berhenti tepi jalan dan mula bergerak bila motor tersebut muncul dalam kamera.

Proton Saga tersebut kemudiannya cuba ‘mengejar’ motor tersebut dan ketika dia cuba memotong, korang boleh tengok kereta ni tiba-tiba je rempuh motor tu. Ish kurang ajar betul!

Kereta itu kemudiannya memecut dan berlalu pergi sebelum pemilik dashcam berhenti untuk membantu mangsa kemalangan itu.

Malangnya, sehingga kini belum ada maklumat lanjut mengenai kejadian ini. Harapnya pihak berkuasa sekarang sedang cuba mencari kereta Saga tersebut untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

Allahu, kejam betul kalau memang niat dia nak mendajal orang tu. Perempuan mengandung kot? Harapnya kedua-dua mangsa dan bayi dalam kandungan itu selamat.

 

Baca: “Zaman sekarang viral lebih penting…” – Budak Parah Kena Langgar Lari, Tapi Tak Ada Siapa Cuba Tolong?

Screenshot 2019 06 20 At 1.22.20 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.