Kata orang, lelaki perlu sentiasa berkorban dan bersabar dengan pasangan mereka jika mahu sesebuah hubungan itu kekal lama. Itulah yang dinamakan sebagai cinta sejati.
Terbaharu, tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan pengorbanan seorang lelaki kepada pasangannya. Video ini dikongsikan oleh seorang individu yang sedang duduk di sebuah restoran.
Ketika mahu menjamu selera, individu ini terlihat sepasang kekasih yang mahu mengambil di sekitar kawasan itu. Menerusi video yang dikongsi, seorang wanita dilihat sedang menggayakan pakaiannya sambil seorang lelaki mengambil gambar menggunakan telefon pintar.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah lelaki tersebut dilihat bertongkat kerana mengalami kecederaan di kaki kanan. Meskipun dengan kecederaan yang diaalami, dia masih mengambil gambar pasangannya dengan menggunakan kedua-dua tangan sambil mengimbangkan badan.
@loxclub
Aksi lelaki tersebut yang mengambil gambar pasangannya ternyata mencuri perhatian ramai warganet. Rata-ratanya memuji tindakan lelaki itu yang masih mengutamakan pasangannya meskipun sedang bertongkat.
“Selagi masih bernyawa, lelaki itu tiada alasan”, komen seorang individu.
Bagaimanapun, ada juga yang mengecam tindakan wanita itu yang membiarkan pasangannya mengambil gambar ketika bertongkat. Jelas seorang individu, rasa empati dan ‘common sense’ adalah penting dalam sesebuah perhubungan.
Apa pendapat anda?
BACA: Pasangan Pengantin Ini Guna 4KG Bawang Ganti Bunga Tangan Ketika Majlis Kahwin