Pasti ramai yang tahu dan perasan bahawa kos sara hidup dan harga barang semakin meningkat, lebih-lebih lagi jika anda tinggal di ibu kota. Pada masa sekarang, harga makanan juga semakin mahal.
Nampaknya isu harga barang mahal ini bukan hanya berlaku di Malaysia, ia juga berlaku di kebanyakan negara-negara lain termasuklah di Filipina.
Itulah yang menyebabkan ada pasangan pengantin di negara tersebut yang memilih untuk menggunakan jambangan bawang sebagai ganti bunga tangan ketika majlis perkahwinan mereka.
Memetik laporan Philippines News Agency, pengantin perempuan yang dikenali sebagai April Lyka Biorrey-Nobis mengatakan dia dan pasangannya bersetuju untuk menggunakan bawang sebagai jambangan bunga ketika majlis.
https://www.facebook.com/therrproduction/posts/pfbid03g4SZPxBWpgPseGdDfunHB428ofXTWDZS1uaFJRdwZpXCJQdh4CGuP1ao1ijDmXWl
Ini kerana harga bawang di negara itu meningkat baru-baru ini dan kini menjadi antara barang yang termahal di pasaran.
April juga mengatakan lebih baik mereka menggunakan bawang sebagai jambangan bunga kerana jika mereka guna bunga segar sebagai bunga tangan, ia seperti membazir kerana bunga segar itu akan layu dan bakal dibuang juga selepas majlis.
Manakala bawang yang digunakan sebagai ganti bunga tangan itu pula telah diberikan kepada ahli keluarganya selepas majlis. Jadi, bolehlah ia digunakan untuk memasak.
Menurut pengantin itu juga, pihak perunding perkahwinan mereka juga telah memesan seguni bawang untuk digunakan ketika majlis.
Menurutnya lagi, harga seguni bawang adalah lebih murah daripada jambangan bunga tradisional yang sering digunakan ketika majlis perkahwinan, jadi pasangan ini juga telah berjaya menjimatkan kos.
Difahamkan juga, jambangan bawang yang digunakan oleh pengantin ini juga adalah seberat empat kilogram.
Lagi menarik, bridesmaids pengantin juga memegang kalungan bawang yang telah digubah, jadi tetap nampak cantik walaupun pegang bawang je.
Bagus jugak idea ni kan, tak membazir dan masakan pun jadi lebih sedap.
Sumber: Philippines News Agency, Facebook RR Production
Baca: Ini Kenapa Trend Gantung Baju Pengantin Pada ‘Fire Sprinkler’ Hotel Perlu Dihentikan