in

[VIDEO] Lelaki Sindir Syuk Tiada Kerja & Berniaga Tepi Jalan Sebelum Mengamuk Di Gerai Minumannya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral di media sosial hari ini terhadap satu insiden yang melibatkan pelawak dan pengacara Shuk Sahar apabila dia tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki warga asing yang singgah ke gerai minumannya.


Dalam video yang berdurasi 1 minit 28 saat itu, dilihat lelaki tersebut menolak barangan miliknya selepas singgah dan menyindir Syuk sambil merakam.

 

“Dah tak de job, jual air  tepi jalan”

VIRAL !!!!! Shuk Sahar kene kacau waktu meniaga air di tepi jalan . #shuksahar #siakapkeli #penmerah #hotfm #fauzan #ainzainiCredit : abang ome

Posted by FattahZie Gaming on Tuesday, March 2, 2021

Ketika ditemubual oleh Utusan, dia pada ketika itu bersama PA sedang berniaga minuman di tepi jalan dan di datangi oleh lelaki menaiki Myvi putih.

“Dia memberhentikan kenderaanya di depan gerai, tetapi dari awal lagi saya sudah rasa pelik, dia pegang telefon seolah-olah sedang merekod video. Saya dan Iskandar tanya dia mahu beli minuman yang mana sebelum tiba-tiba disindir oleh lelaki itu.

“Berang dengan tindakannya, Iskandar cuba mempertahankan saya sebelum lelaki tersebut bertindak agresif dan cuba memukulnya. Saya cuba halang dan mungkin kerana tidak puas hati, dia kemudiannya menolak barangan jualan di meja sebelum pergi begitu sahaja,”katanya.

Kejadian tersebut yang berlaku di Wangsa Maju. Bagaimanapun, dia tidak marah dengan apa yang berlaku cuma agak sedikit bingung motif lelaki itu bertindak sedemikian rupa.

“Saya sempat tengok nombor plat keretanya tetapi tak akanlah saya nak sebarkan pula. Buat masa sekarang, saya tengok dulu macam mana, kalau perlu buat laporan polis, mungkin saya akan pergi ke balai.

“Saya cuma nak tahu kenapa dia tergamak buat begitu dan apa niatnya sebab seolah-olah dia memang mahu cari pasal sejak dari awal,” katanya.

Shuk sebelum ini terpalit dengan beberapa kontroversi membabitkan rumah tangganya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, 24.

 

Baca : “Langgar terma perjanjian” – Kontrak Shuk Sahar Sebagai Penyampai Radio Hot FM Ditamatkan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.