in

“Langgar terma perjanjian” – Kontrak Shuk Sahar Sebagai Penyampai Radio Hot FM Ditamatkan

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika berita mengenai isu curang Shuk Sahar tular di media sosial, Hot FM telah mengambil tindakan menggantung pelawak ini dari menjadi penyampai radio untuk menjalankan siasatan dalaman.


Hari ini, Pengurus Besar Kumpulan Audiens dan Pemasaran Ripple, Anida Mohd Tahrim mengesahkan yang kontrak Shuk sebagai penyampai radio ditamatkan selepas siasatan dalaman mendapati Shuk telah melanggar kontrak dan terma perjanjian, lapor mStar.

Cats 8 1 620X401 1

Kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini.”

Menerusi kenyataan media, Anida mengatakan Shuk telah pun diberitahu mengenai perkara ini.

Untuk pengetahuan korang, sejak Isnin lalu, Hot FM telah pun mengumumkan penyanyi dan pelakon Mark Adam sebagai penyampai baru segmen Geng Pagi Hot (GPH) untuk digandingkan bersama Fizie

Whatsapp Image 2021 02 15 At 11.47.24 Am E1613362264492

Reputasi Mark sebagai penghibur yang versatil memberikan nafas segar untuk segmen GPH.”

Anida juga mengharapkan para pendengar akan terus menyokong Hot FM dan GPH yang akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 pagi hingga 10 petang.

 

Baca: “Lepas ni Shuk buat hal ko jgn bising2” – Netizen Bengang Isteri Shuk Buat TikTok ‘Back Up’ Suami Lepas Kembali Berbaik

Screenshot 2021 02 18 At 3.55.09 Pm

Sumber: Rotikaya
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.