Walaupun mereka tahu kewujudan Covid-19 ini, tapi tak ramai yang faham betapa pentingnya patuh SOP, antaranya memakai pelitup muka di tempat awam.
Bagi mereka yang tak ada, kita dapat lihat alternatif mereka menggunakan alat-alat seperti kain atau apa-apa barang yang dijadikan pelindung ketika berada di tempat awam.
Cuma, kes yang dekat England ni memang rare, bukanlah nak kata apa cuma min risau je kalau orang tu tuuut bukan sebab covid-19.
Lilit ular sawa kat leher jadikan mask
Kejadian ini pada 14 September 2020 di England, ada seorang lelaki menaiki bas awam ketika hendak menuju ke Manchester.
Namun penumpang lain perasan ada kelainan dekat pelitup muka lelaki tersebut, mula-mula tak rasa dekat warna batik pelitup muka tu, tapi lama-lama diperhatikan ‘benda’ itu macam bergerak. Lapor SCMP
“Pada mulanya saya fikir dia memakai topeng yang sangat funky, lalu dia membiarkannya merangkak di sekitar rel tangan”, kata salah seorang penumpang yang menyaksikannya.
Tambahnya lagi, orrang lain begitu tenang melihatnya dan anggap ia satu perkara yang menghiburkan. Kelakuan lelaki itu dirakam dan tular.
Menurut jurucakap Transport for Greater Manchester, pemerintah ada mengatakan bahawa topeng pembedahan, selendang atau bahkan kain bandana boleh dijadikan pelitup muka.
Katanya lagi, biarpun kesemua alat-alat selain topeng bedah boleh dijadikan pelitup, mereka tak rasa boleh guna kulit ular, apatah lagi pakai ular hidup.