in

[VIDEO] Lelaki ‘Claim’ Diri Bujang, Gadis Terkejut Bila Tahu BF Sebenarnya Suami Orang Anak Dua

curang BF suami orang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati wanita mana sahaja yang tak remuk apabila dapat tahu ‘teman lelakinya’ yang disangka bujang ternyata sudah mempunyai isteri dan dua orang cahaya mata.

Walaupun layanan yang diberikan sangat menepati dengan apa yang diimpikan, namun ia bukanlah sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh sesiapa.


Baru-baru ini, telah tular sebuah video mengenai seorang wanita yang berkongsikan kisah sedihnya apabila dia mengetahui yang teman lelakinya sebenarnya memegang status suami orang.

https://www.tiktok.com/@dalilifatini/video/7174055158928674074?is_from_webapp=v1&item_id=7174055158928674074

 

Menerusi video tersebut, dia memberitahu yang dia mengesyaki lelaki tersebut mempunyai partner namun, dia tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk memastikannya.

Wanita tersebut telah meminta bantuan ibunya untuk mendapatkan nama sebenar lelaki tersebut yang kebiasaannya hanya berhubung melalui Instagram.

“Berbekalkan bantuan ibu, pada akhirnya saya mendapat tahu namanya yang sebenar,” jelasnya.

Oleh kerana dia telah mendapat nama sebenar lelaki tersebut, wanita itu telah memperoleh gambar-gambar lelaki itu menerusi Facebook dan beberapa media sosial lain yang telah mendedahkan status perkahwinan lelaki terbabit.

Berkenalan dari media sosial

Screenshot 2022 12 08 174929

Setelah megetahui status sebenar lelaki tersebut, wanita itu terus meninggalkannya kerana berasa kasihan terhadap isteri dan anak-anaknya.

Pada awal masa percintaan, mereka kenal antara satu sama lain menerusi sebuah aplikasi di media sosial dan berterusan sehingga ke realiti.

“Dia sentiasa menemani saya contohnya pergi berjogging, mengajak keluar, berhubung menggunakan ‘video call’ di Instagram, sering melawat di kampus, membelikan bunga sewaktu hendak menjawab ujian serta selalu memuat naik kata-kata rindu di Instagram dan sebagainya,” katanya.

Selepas kejadian itu, lelaki tersebut telah merayu dan memohon maaf kepadanya dan dia berharap agar individu tersebut benar-benar menyesal atas tindakannya dan boleh berubah ke arah yang lebih baik.

Apa komen warganet?

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut dan memuji tindakan yang dilakukan olehnya itu serta ada yang mendoakan agar wanita itu menjumpai jodohnya yang lebih baik.

Screenshot 2022 12 08 174446

Screenshot 2022 12 08 174523

Apa yang perempuan tu buat memang patut la dan syabas atas tindakan yang sepatutnya..

Baca : “Layak ke dia dapat sayang kau?” – Gadis ‘Broken’ Ditinggal BF, Abang Grab Beri Nasihat Berguna

warestdyuiu8o9pu65w43q 758x399 1

Sumber: Kosmo
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.