in

[Video] Lelaki Berlagak Polis Buat Rondaan, Viral Di TikTok Sebelum Ditahan

Rondaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki telah ditahan polis kerana melakukan rondaan seperti polis di sebuah kawasan perumahan di Kajang beberapa hari lepas.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata lelaki yang merupakan pengerusi sebuah pertubuhan berusia pertengahan 40-an itu ditangkap selepas menerima satu laporan oleh seorang pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

 

Ia susulan tular beberapa gambar dan rakaman video menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan beberapa individu menjalankan tugas rondaan menggunakan identiti menyerupai pegawai polis.”

Menurut laporan Utusan, laporan polis itu dibuat kerana bangkit isu pihak tertentu terhadap tindakan ahli pertubuhan tersebut yang dikatakan bertindak sendirian tanpa seliaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Polis telah merampas pakaian seragam pertubuhan yang digunakan dan dia telah ditahan reman dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 89(c) Akta Polis, Seksyen 25 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 26 Akta Rukun Tetangga.

“Selain itu, kita juga kini sedang mengesan ahli pertubuhan itu untuk membantu siasatan polis.“

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung video ini boleh hubungi polis dan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Norazwan, KPD Kajang di talian 013-3928357.

 

Baca : “Menyamar jadi inspektor untuk cari jodoh” – Wanita Berlakon Gantung Uniform Polis Sebab Nak Tambat Hati Ibu Bapa BF

Menyamar2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.