in

“Menyamar jadi inspektor untuk cari jodoh” – Wanita Berlakon Gantung Uniform Polis Sebab Nak Tambat Hati Ibu Bapa BF

Polis2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dari Sabah, sanggup kuarantin 2 minggu datang semenanjung untuk bertemu dengan teman lelakinya. Apa yang teruk adalah, wanita itu menyamar jadi pegawai polis berpengkat Inspektor dengan tujuan nak tambat ibu bapa si teman lelaki itu.


Wanita berasal dari Tawau berumur dalam lingkungan 20-an itu ditahan pada jam 8 malam semalam susulan laporan yang dibuat ibubapa teman lelakinya. Nama Humairah tertera pada seragam palsu yang digunakan wanita itu.

 

Gantung uniform dalam kereta BF konon nak tayang kerja polis depan ibu bapa BF

Menurut Info Roadbloack JPJ/Polis gadis itu sanggup datang ke Bachok, Kelantan untuk bertemu dengan teman lelakinya yang berusia 23 tahun yang merupakan seorang anggota tentera.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, wanita itu terus tinggal bersama keluarga teman lelaki itu selepas habis tempoh kuarantin selama 2 minggu sejak minggu lepas.

“Sewaktu berada di rumah teman lelakinya, gadis itu telah menggantung uniform operasi polis berpangkat inspektor di dalam kereta jenis Perodua Myvi milik teman lelakinya.”

130547356 1766883523489350 3822183333255817513 N

Difahamkan, tujuan dia  melakukan tindakan sedemikian adalah untuk menarik kepercayaan keluarga teman lelaki bahawa dia merupakan seorang pegawai polis dan mempunyai pendapatan yang stabil.

Sepanjang tempoh itu wanita tersebut menipu keluarga teman lelaki dengan mengatakan bahawa dia seorang pegawai polis berpangkat Inspektor.

 

Ibu bapa BF curiga sebab…

130757954 1766883500156019 9088266258664791712 N

Walaubagaimanapun tindakannya itu menimbulkan curiga kepada keluarga berkenaan apabia melihat dia bercuti dalam tempoh yang lama.

“Susulan itu, keluarga berkenaan tampil membuat aduan kepada pihak polis sebelum wanita terbabit ditahan,” katanya.

Selepas siasatan dijalankan, rupa-rupanya wanita terbabit ada kesalahan lampau berkaitan kes sama pada 2017 di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

“Kita tidak menolak kemungkinan suspek menyamar sebagai Inspektor polis untuk mencari jodoh, selain mampu meyakinkan keluarga teman lelakinya.”

130769800 1766883470156022 7603719407075796164 N

Hasil tangkapan itu, polis turut merampas pakaian operasi PDRM dan suspek direman sehingga Sabtu ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan tambah Seksyen 89 (c) Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis.

 

Baca : “Pakai pakaian biasa untuk mudah ‘serang hendap'” – Polis Kini ‘Menyamar’ Untuk Buru ‘Orang Degil’ Langgar SOP COVID 19

Polis 2

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.